Sunday, March 24, 2013

Kalau ke KEDAH jangan lupa lawat ladang anggur


 
Minggu lepas ada lawatan kerja ke daerah SIK dan salah satu destinasinya – LADANG ANGGUR TASIK BERIS!

Nak kongsikan sikit info tentang projek pelancongan ni:

Ladang anggur ini diusahakan di atas kawasan seluas 34 ekar. Ia merupakan satu-satunya ladang anggur yang pertama dan terbesar bukan saja di peringkat Negeri Kedah malah di Asia Tenggara. Terletak lebih kurang 75 km atau sejam perjalanan dari Alor Setar. Berlatar tasik dan gunung membuatkan ladang anggur ini begitu istimewa.

Jom kita lawat ladang – dapatkan feel dulu..
 
laluan utama ke ladang anggur

Anggur terkenal dengan seribu satu keistimewaan yang hanya sesuai ditanam di kawasan beriklim dingin. Tetapi dengan penyelidikan rapi serta mengaplikasikan teknologi tinggi percubaan menanam anggur secara komersial di Tasik Beris telah berhasil.
 
Sejumlah lebih kurang 7000 pokok anggur di tanam dalam green-house ini
 
Pokok anggur hidup subur dalam “green house” dan berjaya mengeluarkan buah yang lebat. Jenis anggur yang ditanam di sini terdiri daripada Black Opal, Black Grape, Wite Malaga dan Lose Plite. Jumlah keseluruhan yang ditanam adalah sejumlah 7000 pokok. Dan buah anggur dari 1000 pokok pertama telah berjaya dituai pada 2008.
Pengunjung dibenarkan untuk melawat ladang dan melihat pokok anggur secara lebih dekat. Walau bagaimana pun pengunjung tidak dibenarkan memetik buah anggur di ladang ini.


Oooops!...kita tak boleh petik buah anggur dalam ladang..kalau nak merasa buah segar boleh didapati di sales gallery..
 
Jadi, untuk melihat dan merasai buah anggur segar dari ladang di kawasan cuaca panas seperti Negara kita sudah tidak menjadi perkara yang mustahil lagi. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan ia merupakan satu “tawaran istimewa” kepada pengunjung tempatan yang belum berkesempatan untuk ke Negara beriklim dingin.
Berlatarkan gunung dan tasik membuatkan Ladang Anggur ini bertambah istimewa. Selain daripada ladang anggur itu sendiri, disediakan juga walkways sebagai kemudahan pengunjung menikmati keindahan tasik serta pemandangan hutan semulajadi di sekelilingnya.
Walkways disediakan berhadapan tasik beris, memberi peluang pengujung untuk menikmati keindahan semulajadi di sekeliling ladang ini
Pengunjung juga dapat merehatkan minda dan mengembalikan kesegaran badan sambil menikmati kudapan di bawah payung yang disediakan di ala-“fresco” berhadapan pintu masuk utama ke ladang ini.
Al-fresco turut disediakan untuk pengunjung berehat dan bersantai sambil menikmati suasana ladang anggur seumpama berada di luar negara
Kemudahan penginapan juga disediakan untuk pengunjung yang berminat untuk bermalam di ladang ini.
 
bayaran masuk RM4/ bagi org dewasa; RM2/ bagi kanak2
 
 
 
 

12 comments:

zamzurina zulkafli said...

pucuk dicita ulam mendatang, oh kedah kampungku kami datang!!! ~on the way blk aloq setaq!

nadia rashid said...

gemok nya buah...redup dingin ke cuaca sana...

ummuaidan said...

bestnya ladang anggur tuh @na..boleh petik ker kena bayar kalau nak..?

yan's cottage said...

selalu balik kedah...tapi tak sampai2 lagi tasik beris nie he heee....

S..U..D..@..I..S said...

belum kesampaian lagi @na, teringin lama dah nak petik anggur tu

@na said...

@zamzurina zulkifli;
balik kampung...oooo balik kampung....hati girang..tetiba teringat lagu arwah sudir..so zam jgn lupa pi bg mkn merpati kat kopitiam tu n terus ke ldg aggu sik...hehe

@na said...

@nadia rashid;
cuaca kat sik ni panas lit lit...pokok anggur tu di tanam dalam green house...blower di pasang sepanjang hari to control suhu bahang kat luar tu..

@na said...

@ummuaidan;
kita tok leh petik..kena beli anggur yg doh siap pek kat grape outlet kat luar ldg tu...tak best kan..

@na said...

@yan's cottage;
lps ni balik kedah blh lah singgah ldg tu..ok jgk lah sekali2 pi tgk...bkn senang nak tgk ldg anggur kat m'sia ni kan..

@na said...

@sud@is;
tapi sayang kita tok leh petik anggur kat ldg..tuh..buah tu utk display je kot...hehe

TukangKebun said...

Ohhh anggur yang warna gelap nak kehitaman selalunya makan sikit dah rasa panaskan banding dengan anggur yang kecairan warnanya.

@na said...

tukang kebun;
tima kasih diana gi tau info ni...kalau mcm tu, elok mkn aggur hijau la kan..