Thursday, March 21, 2013

Salsa serai kayu versi pedas cili api!


Salsa versi serai kayu dan cili api

Serai kayu atau samak (bagi orang utara) di antara ulam ‘killer” dalam nasi kerabu. Daun lemak dan terasa wangi bila dikunyah.

Dua bulan lepas jumpa benih pokok ulam ni kat pasar tani depan Star Parade. RM7/polybag.
 

Ni pokok serai kayu tanam dalam pasu je, tanda harga pun dok ada lagi

Nak masuk bulan ke3, serai kayu dah mula berpucuk, walau pun cuma tanam dalam pasu. Petang sabtu lepas merasa lah tuaian pucuk sulung.

 
Tuaian pucuk serai kayu bersama cili dan pucuk limau purut.

Habis apa nak buat dengan pucuk-pucuk ni? Nak dijadikan ulam, malas lah pulak nak tumbuk sambal belacan untuk makan malam. Cicah sambal belacan makan tengahari baru la kick. Nak simpan esok nanti layu. Tak fresh, dah.
 
Jadi apalagi. Mula lah cari jalan lain…,

Tengok masih ada buah dalam fridge
 

 
Potong halus-halus, pucuk serai kayu dan pucuk limau, kemudian campurkan dengan tomato, mempelam, plum yang dipotong dadu, buat macam salsa. Dan tambahkan perahan limau kasturi, hirisan cili api dan sedikit garam.

Maka jadilah, salsa cacamarba yang dimelayukan!. Hot n spicy macam kat atas tu! Rasanya OK jugak..

 

12 comments:

ummuaidan said...

salam @na..ade tanam pokok serai kayu yer...bagusnya..pokoknya tuh sure besar kan bila makin tua nanti...

yan's cottage said...

salam @na...

sedapnya daun samak lama betul tak makan buat ulam memang sedap nie....kalau kat kg pokok nie selalu tumbuh kat tepi2 sungai...

nadia rashid said...

wah melayu western digabungkan..:D

Nudabuffy said...

Ya betul, kalau orang dah biasa makan nasi kerabu takde serai kayu, tetiba dapat yang ada mesti akan kata, "Kenapa hari ni lebih kick daripada biasa?"

TukangKebun said...

Wah sangatlah healthy...banyak tenaga boleh bersalsa bersenam dalam rumah.

S..U..D..@..I..S said...

makan nasi ulam serai kayu kat restoren pakdak at peruda....

@na said...

@ummuaidan;
tanam dlm pasu mungkin terhad kot pembesaran dia...

@na said...

@yan's cottage;
kat kg kami susah nak dapat ulam ni yan..ulam ni mmg sedap kan..

@na said...

@nadia rashid;
cacamarba jadinye kan nadia...hehe

@na said...

@tukang kebun;
sekali sekala...zapin lagi ok kan diana...hehe

@na said...

@sud@is;
mmg kick la, ulam serai kayu cicah sambal belacan restoren pakdak...hehe

@na said...

@nudabuffy;
betul tu, mmg serai kayu ni boleh kata sinonim lah dgn nasi kerabu..