Tuesday, March 19, 2013

Projek telang dalam PASU


anak telang pinda ke pasu jumaat lepas
 
Dah lama cari benih bunga telang.. terima kasih pada klik!..klik punya klik jumpa kawan bloggers yang telah menanam pokok bunga telang… menariknya lagi sirap biru bunga telang dalam salah satu post ummuaidan…

Kalau sebelum ni kami di pantai timur, selalunya guna bunga ni buat nasi kerabu itam saja.. Rupanya bunga telang juga boleh dijadikan sirap. BIRU. Sudah tentu ia banyak beta carotene - amat baik untuk keperluan badan.

Tambah berkobar-kobar lah semangat nak tanam telang.

Jadi terus klik, cari seeds telang. Maka jumpa lah…seeds bunga telang dari tanamsendiri.com, terus pesan 1 pek RM2.. Dah terima sebulan lepas.

PROJEK TELANG pun bermula...

Stage 1: Semai biji telang

anak telang selepas 7 hari 

 
Stage 2: Ubah anak telang ke dalam pasu

anak telang setelah 3 minggu - dan pindah ke pasu di atas tu.. 

 
salah satu pokok cuba tanam dalam pasu gantung
 
Stage 3: Daily routine - siram dan baja
Now our project in stage 3


Stage 4, 5 dan seterusnya ….tungguuuuu telang membesar,menjalar, memanjat, berbunga dan berbuah….

 To be continued…..

15 comments:

ummuaidan said...

wah..tahniah @na bertanam telang jgk akhirnya..sy plak yg malas kutip bunga telang buat sirap nie.hehehe

lynnhelite said...

Telang ni bila dah merayap berbunga, letih nak petik.. dan jadi semak pulak dinding rumah. (Lynn tgh buang sumer nak cuba Vine Crepers pulak..)

SM79 said...

tak penah tgk pokok ni.. nnt jgn lupa upload bila dh besar k.. hehehe... saya buta pokok :)

S..U..D..@..I..S said...

lagi pokok tak pernah dengar sama cam sue juga...
hidup ana...

nadia rashid said...

ini seronok tgk project stage by stage...:D

TukangKebun said...

Bunga telang ni kuat. Tebas pun dia naik balik cepat.

Cinta Misteri said...

tk boleh tanam pokok menjalar dirumah, takut nnti rumah kami terbungkus dedaun menjala...

CiM ada laman, laman byk semak, jarang2 tebas, bila ada yg nk dtg barulah bergegas, smpi smpi tangan calar balas...

@na said...

@ummuaidan;
baru nak cuba2 tanam..mcm syok jah tgk ummu buat sirap bighu tu...hehe

@na said...

@lynnhelite;
ooo ye ke lynn, saya baru nak tanam...ingat nk bg dia merayap kat pagar tu...tgk lah mcm mana nnti..

@na said...

@SM79;
InsyaAllah su...

@na said...

@sud@is;
nnti saya upload dlm entri akn dtg..na

@na said...

@nadia rashid;
laman tak luas..kena buat projek dlm pasu je...projek kecil2an blh buat ikut stage...tu pun blum tentu mnjadi...hehehe

@na said...

@TukangKebun;
oo ye ke, blum ada pengalaman lg dgn pokok ni...nnti selalu2 la bg tips pasal telang ni ye...tqvm

@na said...

@Cinta Misteri;
bahaya ni sampai terbungkus rumah...tp kita letak jauh tepi pagar ...ok kot..

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Amacam dengan bunga telang? Sudah terhasilkan sirap birunya???