Wednesday, March 13, 2013

Boleh kata Pigeons feeding ke ni?


Saja nak share KEUNIKAN burung yang paling cerdik di dunia ni.. JINAK MERPATI makan di tangan di tangkap lari..

Kepada rakan2 yang telah berkesempatan menunai haji/umrah akan dapat melihat koloni burung ini di sekitar MASJIDIL HARAM – MEKAH. Ia seolah-olah sebahagian dari komuniti atau jemaah di sana. Ada turut menabur makanan untuk disedekahkan kepada burung-burung ni. Ia menjadi pandangan biasa di sana.

Seawal tahun ke 5 sebelum masehi burung bijak ini telah digunakan sebagai pengutus berita oleh Kerajaan Syria, Parsi (Iran) dan Mesir, …. Di zaman yang belum ada teknologi komunikasi canggih (pos/telegram/internet) perkhidmatan Pigeons Post adalah satu-satu pengantara berita terpantas. Dan jadi semakin penting terutamanya semasa berlakunya perang.

Syok nya burung ni, ia dipercayai boleh membezakan antara teks dan gambar. Juga dapat dapat mengecam dan membezakan wajah manusia di antara seorang dengan yang lain. Mungkin kelebihan itulah yang telah dimanfaatkan sebagai alat penghujung di antara hujung pelusok benua.

Burung ni sebenarnya telah dicipta dengan banyak keistimewaannya.

Bagi orang Kelantan pulak, bagi makan daging (sup or apa saja) burung merpati kepada anak kecil, akan dapat membantu meningkatkan tahap kepintaran…Sejauh mana betul tak dapatlah nak disahkan…kalau rakan bloggers menemui research yang menyokong kenyataan ini…tolong share, k

Burung merpati boleh dilihat di mana-mana dan ia bukannya dari species yang ganjil, cuma tinggal kita perasan ke tidak jer..

Kalau di Langkawi memang terkenal lah dengan EAGLES FEEDING kat Kilim AGROforest. Manakala Bandaraya Alor Setar ni pulak ada beberapa spot, mungkin boleh dikatakan pigeons feeding kot…tempat yang kita boleh berkongsi makanan.

Di antaranya di Ukir Mall Alor Setar…se awal 7.30 pagi…burung-burung merpati telah sedia tunggu untuk breakfast sama-sama
 

 
Sedang menunggu hidangan...sebahagian tunggu kat atas kabel letrik 

 
Mengerumuni hidangan

  
Itulah yang dikatakan jinak merpati, bila didekati terbang lari..hehe

  

16 comments:

nadia rashid said...

betul kat mekah tu siap ada yg jual makanan burung..:D

S..U..D..@..I..S said...

kat rumah tokwan saya dulu ada bela burung merpati, tiap2 hari bg makan beras ditangan tapi tak makan dagingnya sbb terlalu jinak x smpai hati.....

lynnhelite said...

Burung merpati mmg cantik & jinak, tp hati2 dgn najisnya, beracun

ummuaidan said...

Seronok kadang2 melayan burung merpati ni kan @na..kalaulah dpt bela..:)

zamzurina zulkafli said...

Kene p cari tmpt kat aloq staq ni

❤Kamsiah❤ said...

kat kg masa kecik2 dulu..ayah ada beli burung merpati..banyak..sangkar besar mcm reban ayam..

@na said...

nadia rashid, sonok kan dpt bg makan burung2 merpati tu

@na said...

sud@is, kalau mcm pi beli burung merpati yg org lain bela...hehe baru dpt rasa daging tu...sedaaap sgt sud@is..

@na said...

lynnhelite, t/kasih for the info..nnti kami boleh lebih berhati2

@na said...

ummuaidan, haah ni boleh jadikan projek kat backyard yg luas tu...merpati farm bela secara komersial...

@na said...

zamzurina zulkifli, jemput2 lah mai ke alor setar...kita bg mkn sama2..

@na said...

kamsiah, kat kg kita boleh bela macam2 kan...sedap daging burung merpati ni...kat alor setar ni ada restoran jual merpati goreng..RM5/ekor

yan's cottage said...

dulu yan ada bela...tapi semuanya dah berhijrah he heee....

@na said...

ye ke yan...boleh mula balik tu..merpati mudah di bela kan yan...dia cepat membiak kalau cukup makan..

zamzurina zulkafli said...

nnt saya blk rumah mertua kat jln sultanah bolehlah p jenguk situ :)

@na said...

zam elok sgt lah tu...kalu zam pi kopitiam tu, blh share brfast dgn pigeons kt situ...hehe