Thursday, March 7, 2013

Wangian melur mengatasi ambi purr…

Segar.

Pagi tadi sebelum pi keja, sempat tinjau laman. Seronok tengok pokok melur dah berbunga. Wangi.

Haruman dipercayai menambah aura positif diri seseorang. Betul. Memang kita akan rasa segar menghirup udara pagi, bersih dan apa lagi jika ada flavour wangian semulajadi. Memang bahagia.

Sempat gunting 3 kuntum bunga melur. Letak dalam kereta. Melur jenis ni kembang macam ros.  Semerbaknya memang mengatasi wangian artificial – ambi purr!
 

Perjalanan pagi ni bertemankan wangian melur

 
Ni pokok melur susun kembang mcm ros!


Ni pulak jenis selapis..rajin dan sentiasa berbunga

Subhanallah. Dia lah Maha Pencipta, mencipta setiap keperluan makhluk ciptaanNYA hinggalah  keperluan WANGIAN!...dengan menumbuhkan berbagai jenis pokok wangian yang tak terhitung oleh kita..

Jadi tak hairan jika industri perfume telah berkembang pesat. Ia telah seolah menjadi keperluan asas kepada manusia. Dan melur/jasmine telah dikomersial dan diekstrak untuk adunan wangian moden yang lebih tahan lama tetapi tak ORI!!!

Mengikut kajian wangian melur juga dipercayai boleh meredakan kemarahan dan menurunkan tekanan darah tinggi.

 

 

12 comments:

nadia rashid said...

wangi dan cantik!

ummuaidan said...

wpun dah lama tak cium melor tp rsnya blh ingat lagi kewangian melor nie ..mmg fresh gitu..:)

smRose said...

suka sangat wangian melur

S..U..D..@..I..S said...

bau yang tiada taraaa
segar lagi menyegarkan...
cantik asli

@na said...

nadia rashid,
salam nadia, melur ni mmg wangi yg bestnye pokok ni mudah hidup..

@na said...

ummuaidan,
salam ummu, bau melur ni masih tak berubah...tetap wangi dan mmg segar...

@na said...

smRose,
salam ros...wangiannye sangat ORI kan ros?

@na said...

sud@is,
salam sud@is..betui tu...melur ni wangi dan cantik yang semulajadi...segar!

Adila Al-Zahra said...

Rasanya bunga tu dikenali sebagai bunga siam. Saya pn ada. Memang wangi..... emmmm

Zati said...

Assalamualaikum, kalau nak minta benih bunga melur yang macam bunga ros tu boleh tak? nursery kawasan JB ni tak ada bunga yang sebegitu.

sendiri DotNet said...

Salam..beli kat mana yaa melur bungaros tu

sendiri DotNet said...

Salam..beli kat mana yaa melur bungaros tu