Monday, April 1, 2013

Daun-daun tua ni, buat potpourri je lah…

 

Dulu2 majlis kahwin macam tak sah tanpa bunga rampai

Pandan di antara pokok yang amat istimewa. Sinonim dengan masakan orang asia terutama kuih tradisional melayu. Mungkin sebab itu ia terkanal sebagai vanilla asia. Tapi daun pandan bukan sekadar diguna dalam masakan. Malah dalam pelbagai  kegunaan. Kalau dulu-dulu daun pandan dibuat bunga rampai untuk upacara merenjis pengantin tapi sekarang ni sudah tidak lagi!

Jumaat lepas, lega sikit. Barulah dapat tengok-tengok pokok di laman.. pi kat belakang, tengok pokok pandan baru ubah ke tanah. Dok cekeding lagi tu.. Ini lah satu-satunya sumber daun pandan kegunaan kami.

Trim daun-daun tua tak bagi semak. Tapi, sayang pulak nak buang begitu saja, sebab pokok pun tak besar mana. Daun pun terhad. Benda sikit selalunya kita lebih menghargainya!

sebelum ni daun2 pandan yang ditrim, diikat dan masukkan dalam kereta bagi wangi

Terfikir pulak kalau dihiris halus-halus macam bunga rampai lagi semerbak wanginya! Tambah pulak, tengok bunga melur memutih dan mini ros liar pun tengah kembang,

Gunting sambil tengok tv, tak sampai 5 min …siap!

Jadi kutip bunga-bunga tu gaul dengan hirisan daun pandan, lagi semerbak lah potpourri pandan ni. Memang terbangkit wangi semula jadi nya…

13 comments:

yan's cottage said...

betul tu...dulu2 bila kenduri kahwin mesti pakai daun pandan buat bunga rampai bubuh dalam sarang telur kan..kalau bubuh dalam almari dapur pun ok tau...untuk halau lipas tu pun kalau ada kan he heee....

suka suka said...

assalam..boleh gak letak dalam kereta kan!

nadia rashid said...

sekarang jarang dh jumpa bunga rampai di majlis kenduri kendara..mostly buat doorgift bungkus kek atau gula2...

ummuaidan said...

bagusnya idea nie @na..mcm pewangi semualajadi nie..takyah kuar duit lagi..:)

@na said...

yan's cottage;
ooo daun pandan halau lipas jgk, lps ni tk yah beli ubat gegat dah..tq yan

@na said...

suka suka;
letak jgk sikit dlm keta, mmg wangi..tima kasih sudi singgah..

@na said...

nadia rashid;
betul la nadia..lo ni susah doh nk tgk bunga rampai kt kenuri kawin...

@na said...

ummuaidan;
buleh lah save duit sikit...hehehe

Nudabuffy said...

Rajinnya dia.. Pandan kita duk dalam pasu..alahai sadis je rupanya.. ana letak dalam kereta buat saya teringat pada seorang kawan. Dia pun rajin letak pandan dalam kereta

zamzurina zulkafli said...

rajin! Masya Allah

@na said...

nudabffy;
mmg suka sangat haruman semulajadi ni...wangian lembut pandan buat kita segar...

@na said...

zamzurina zulkifli;
sayang zam nak buang daun2 tu...

chibichan said...

salam.

boleh saya minta benih timun tikus tu?? saya teringin nak menanamnya.