Monday, April 22, 2013

Inikah yang dimaksudkan?


Hitomi lavender, eithusa dan Tukang Kebun kata macam timun tikus, lynnhelite cakap ivy gourd boleh dibuat ulam dan orang thai campurkan dalam sup. Manakala Kebun Bandar bagi tahu buah tu Pepasan dan beliau pernah makan sebagai ulam. Komen terbaru ( hari ni ), olive kata boleh dimakan dan dia ada tanam di rumahnya

Jadi untuk kepastian semua di bawah ni disertakan imej buah tu dengan bunganya sekali.

Buah yang dah masak berwarna merah terang (red orange)

 
Isi buahnya pulak, bila dibelah kelihatan berbiji-biji dan berwarna merah

Bila ditekan -tekan biji-biji tu agak keras


Mari kita lihat pokoknya dengan lebih dekat. Subur menghijau walau pun di musim kemarau. Hairan sungguh. Pulak tu cukup cepat hidup. Seolah-olah dalam sekelip mata pokok ini akan menyelimuti pagar atau pokok-pokok yang ada kat laman rumah.

Pokoknya cukup subur (tak payah siram) dan bunganya berwarna putih kembang di sebelah pagi.

 Anak-anak pokok ni tumbuh dimerata-rata, di dalam maupun luar kawasan rumah.. Macam seolah-olah laman sedang diancam dengan tumbuhan ini. Terfikir pulak pokok ni sungguh kuat. Cepat dan mampu hidup subur, dalam apa keadaan sekali pun. Sama ada dari segi cuaca maupun jenis tanah. Tak kira musim kemarau atau di atas tanah berbatu pokok ini tetap menjalar dan terus melilit!

Antara anak-anak pokok yang sedang menjalar memanjat pagar

Apa kelebihan nutrient yang terdapat dalam pokok ni? Kalau ini buah yang dimaksudkan, sudah tentu ia mempunyai keistimewaan tertentu…

Mohon kepastian semua sahabat budiman yang arif tentang sayuran ini, agar ia dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama…

Terlebih dahulu diucapkan berbanyak-banyak terima kasih…

 

12 comments:

smRose said...
This comment has been removed by the author.
smRose said...

btul la itu timun tikus, kalau dibeli mahal gak, sepiring tak sampai sepuluh biji harganya RM2

nadia rashid said...

try la mkn..sedap tak? pahit ke apa? tak pernah jumpa pulak kalau isi dlm nyer color mcm tu

S..U..D..@..I..S said...

memandangkan pada kekentalan pokoknya, tentulah ada kehebatan khasiatnya @na

Nudabuffy said...

Uik? Merah? Rasanya pernah jumpa, tapi dalam nya putih je. Bau macam timun tapi saya pun tak tahu boleh makan ke tak. Agaknya dia dah terkacu dengan tembikai kot. Eh?

yan's cottage said...

ingat masa kecil2 dulu selalu buat main masak2...tak pernah tau pun boleh makan he heee....

olive said...

confirm, it look exactly the same! if the timun dah red, it become sour bit..

Dr. H said...

Macam biji buah delima; makan lah, bolleh share apa rasanya

依之汉 said...

Cuba pua google Coccinia grandis. Lihat gambar yang muncul. Kalau sama, betullah pepasan.

@na said...

1. smRose;
tima kasih rose...sebab tak penah jumpa sebelum ni...

2. nadia rashid;
pasni akan try...confirm boleh mnakan kan...

3. sud@is;
itu la...dok tetanya-tanya ni...

4. nudabuffy;
unik kan buah ni, tetiba je muncul kat laman...hehehe

5. yan's cottage;
timun ni boleh makan yan...save duit belanja beli sayur...hehehe

6. olive;
thank alot...pas ni saya mkn buat ulam n soup sayur...dah jimat belanja beli sayur.

7.Dr H;
Betul-betul mcm biji delima...InsyaAllah saya akan try..

8. Saudara Wong;
tima kasih banyak sudi singgah dan kongsi ilmu..barakallah

Ayoi 5998 said...

salam.. klu ada timun tikus lagi sya nak beli buah dagn batangnya..sbb nak tanam..call 0173868627

Ayoi 5998 said...

salamm..kak kalau ada buah timun tikus atau batangnya..saya nak beli..sbb nak tanam..call 0173868627