Tuesday, April 23, 2013

Terjawab sudah - bukan timun tikus


Terima kasih tak terhingga kepada semua sahabat bloggers budiman kerana sudi singgah berkongsi maklumat tentang kemusykilan yang dikemukakan dalam entri Buah apa ni??? dan  Inikah yang dimaksudkan

Imej dari entri - Buah apa ni???
 
Ni pulak salah satu imej dari entri - Inikah yang dimaksudkan...
 
 
Sekarang ni, teka-teki itu telah pun tersingkap…

Buah ni dikenali sebagai pepasan atau ivy gourd. Nama saintifiknya Coccinia grandis (info ini dikongsi oleh lynnhelite dan Kebun Bandar juga telah digoogle) dan bukan timun tikus. Ia dua jenis sayuran yang berbeza.

Mengikut wikipedia: Timun tikus ada sedikit perbezaan dari segi bentuk daun dan buahnya. Buah timun tikus yang cukup matang akan berwarna hitam dan bentuknya lebih bulat.
 

Pokok timun tikus - pic google


Buah timun tikus yang matang berwarna hitam - pic google
 

Berbalik semula kepada pepasan/ivy gourd, buah dan pucuk (sulur)nya dipercayai sedap dimakan sebagai ulam dan amat berkhasiat terutama kepada pengidap diebetis. Dan ia amat popular dalam masakan Thai.

Ini bermakna kehadiran pokok ini di laman boleh dikatakan satu “anugerah” yang bernilai. Tak susah-susah cari benih, tak susah-susah tanam, tak susah-susah siram, tak payah dibaja, pokoknya hidup subur menghijau dan berbuah lebat. Syukur.

Jadi, sekiranya ada di antara rakan bloggers yang berminat untuk menanam pokok ini sila maklumkan dalam kotak komen. Seeds (selagi buah ranum masih ada) akan dihantar sebagai gift dari diari kebun~@na.

Terima kasih lagi sekali atas perhatian rakan-rakan semua. Terima kasih daun keladi, dan sudi-sudi datang berkongsi lagi…
 

22 comments:

smRose said...

ooo, tp kt tempat sy diorang panggil yg tu timun tikus

Nudabuffy said...

saya pun google juga.. menarik dan memang berhajat nak mengendeng. Saya nak seeds itu boleh? :)

ummuaidan said...

Oh yer ker ana byk khasiat..kat pagar umah nie mmg byk ..tp takut nak makan...:)

lynnhelite said...

yay! berjaya meneka! sbb keturunan thai katakan..keh keh.. tp tak pernah tanam pun. Kalau seedsnya ada blhla jugak merasa

TukangKebun said...

Syukur alhamdulillah jauh agaknya si burung datang membawa rezeki.

Tiny garden said...

Sepatutnya bijinya mudah tumbuh, tapi saya yg saya semai tak tumbuh2. Boleh juga ditanam menggunakan keratan batang. Selain di Thailand, buah ini juga popular di India. Dlm masakan India ia biasanya digoreng dgn rempah2 India. Utk masakan Thai, buah muda diletak dlm asam pedas. Daun muda dimasak sayur air/sup, goreng dgn telur - telur dadar.

suka suka said...

K Mar pun ngendeng juga ni..

@na said...

1. smRose;
ooo ya...lain tempat lain panggilannya kan...

2. nudabuffy;
boleh2...email je alamat penuh...InsyaAllah bila seeds ready sy akn pos.

3. ummuaidan;
boleh mkn ummu, berkhasiat lagi..saya pun belum try lg ni...InsyaAllah akn try masak air pucuk2 dia tuh..

4. lynnhelite;
tahniah lynn! anda berjaya..hehe..just email ur full address n i'll send them once ready..

5. Tukang Kebun;
Amin. Itu lah yg dikatakan rezeki kan diana..

6. Tiny garden;
tima kasih sudi singgah...kalau berhajat benih ni email alamat penuh..InsyaAllah sy akan poskan nnti.

7. K mar;
boleh2 k mar...emailkan alamat penuh...InsyaAllah sy akan hantar..


p/s: anzaujah@gmail.com



nadia rashid said...

terjawab sudah..rezeki kan..:D

yan's cottage said...

rupanya ada khasit tersendiri pokok tu ye....

@na said...

8. nadia rashid;
syukur nadia...rezeki depan mata tp dimanfaatkan...hehehe

9. yan's cottage;
tu la yan's...rugi kan...kalu tak lama dah botak pokok tu kena petik pucuk/daun...hehe

Suzi Isa said...

ada lagi x benih 2 berminat juga nk tanam?.

yasir omar said...

Nk benih boleh.
Yasir omar
20 jln 4/9R seksyen 4 tambahan
43650 bandar baru bangi

Sek.Keb.Nampasan Ranau said...

Assalamualaikum.......

Tuan ke Jabatan pertanian atau ke MARDI.....tanyakan jikalau ianya Spesis "Melothria Pandula"...... jikalau "Ya"..... tuan mendapat rezeki terpijak daripada Allah S.W.T
Benih Melothria Pandola di jual sekitar RM32,000 ringgit bagi setiap 1000 gram di Eropah.
Insyaallah.....
Assalamualaikum.
Suhainin Suhaibul
Ranau;Sabah
0178951962

Mimi said...

Dah lama cari benih. Masih ada ke? FB: Akmar Hassan.

Mimi said...

Dah dpt benih?

Mimi said...

Dah dpt benih?

Mimi said...

Dah lama cari benih. Masih ada ke? FB: Akmar Hassan.

suri azmori85 said...

G

suri azmori85 said...

Kt blkg rmh sy ada tmbuh.ingtkn timun tikus..ble mkn rse kelat pahit.isi dlm wrna oren merah2 tu...huhu

Norazleen Mat Jusoh said...

Siapa ada pokok timun ni blh tak whtsapp sy 0125153607 nk Beli lah

Azmi Mohd said...

Salam.....
Ada berapa jenis timun tikus ini❓
Saya ada jumpa yang bentuknya agak panjang sedikit, dan berasa pahit.
Adakah ia jenis yang boleh dimakan❓
Terimakasih.