Tuesday, April 9, 2013

“Mengendeng” jambu air…


Masa lawatan tapak 3 minggu lepas, singgah makan tengah hari kat gerai tengah dusun. Masa dok tunggu hidangan, daaah ternampak pokok ni. Macam cantik sangat. Jadi teringin nak tengok lebih dekat. Tengah panas rembang, usaha juga pi tangkap gambar.

nampak gaya pokok ni masih “remaja”.

 
Bila pi lagi dekat, ternampak pula ada buah bergayut kat dahan paling bawah tu… Bila diselak-selak dahan nampak lagi banyak buah yang sedang mekar. Lebat.

 

Sanggup “menyeronot” bawah pokok close-up buah ni…tapi sayang cuma guna phone camera je

 
Teruja betul tengok buah jambu air tu. Segar. Terus minta beli dengan tokey gerai tu. Tapi pakcik tu kata buah tu tak cukup kembang lagi. Belum masak betul walaupun dah nampak merah menyala. Sayang katanya nak petik sebab belum cukup tempoh matangnya lagi.

Ooo ye ke pakcik (dalam hati). So, tak lah frust sangat. Dan, tak lah desak sangat pakcik tu suruh jual.  Ok je.
 
Lupakan hasrat tu…

Tapi yang bestnya, masa nak bayar duit makan tengahari, tiba-tiba pakcik hulur buah jambu yang dipetik dari pokok tadi tu.

Kaget sekejap. “Ni buah sulung pacik bagi rasa”. Rasa bersalah pun ada, tapi rasa seronok yang lebihnya!

Betul la macam pakcik tu cakap, bila makan masih terasa kelatnya lagi…buah ni belum cukup matang.

 

Sabtu lepas pulak, balik dari breakfast singgah menyapa pakcik tengah berkebun. Sembang-sembang dan tengok2 pokok-pokok bunga yang dia tengah tanam. Macam-macam pokok dia tanam. Memang suka sangat tengok orang berkebun.

Tapi tak mau dok sembang lama2 takut ganggu dia berkebun pulak. So minta diri dulu., Dalam dok start kereta nak beredar pak cik tu meluru tahan keta sambil menghulur 2 tangkai buah jambu air yang berbalut plastik. Besar dan segar-segar buahnya. Terharu.

Tak perasan pulak ada pokok jambu air kat rumah dia. Bila toleh ke kanan, baru nampak pokok jambu air sedang berbuah lebat. Pokok jambu benih ipoh katanya.

Apalagi terus ambik gambar, tangkap dari tetingkap kereta je ni…

 
Buah jambu ni sangat rapuh dan cukup manis…cukup matang kot

 

Teringat pulak bidalan kata “tak rugi berbudi pada tanah…tentu dapat hasilnya”

Dan,

“tak rugi bertegur sapa, untung2 dapat rezeki” (ni bidalan baru, hehehe)
 

Rezeki pagi sabtu…tanpa niat mengendeng!

 

 

8 comments:

yan's cottage said...

kalau dah rezeki....macammana pun dapat juga....sedap jambu tu...nak pula cicah kuah rojak mak bee lagi sedap he heee....

nadia rashid said...

sedapnya kalau cicah dengan rojak mak bee

ummuaidan said...

rezeki tuh @na..sedap makan colek nge cuko..garam, kicap..eeee best

依之汉 said...

Wah. Tertarik dengan gaya puan. Mesti ramah orangnya sampaikan rezeki selalu je ada lepas bersembang. (y)

@na said...

1. yan's cottage;
hehehe...betui yan..masih ada lg ke stok rojak mak bee?

2. nadia rashid;
ooo nadia pun tahu jgk rojak mak bee...femes betul mak bee ni..hehe kalu teringin ckp lah na...tinggal alamat kat kotak komen ni..k

@na said...

3. ummuaidan;
buat colek cuko mmg tegulin-gulin la...cun & sedap..risau gak ni takot adik aidan meleleh air liur...hehe

4. wong;
tima kasih sudi ziarah... menghubung silahturahim tu telah dijanji akan dilapangkan rezeki oleh ALLAH swt. Wallahuhallam

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Murah rezeki dapat buah tangan! Mak Aji suka juga kalau buat colek ngan kicap, cili api, garam d belacan!

@na said...

mmg sedap mak aji...kalu buat colek nge kicap, tambah jambu air tu masam2 sikit kan...