Hitomi
lavender, eithusa dan Tukang Kebun kata macam timun tikus, lynnhelite cakap ivy
gourd boleh dibuat ulam dan orang thai campurkan dalam sup. Manakala Kebun
Bandar bagi tahu buah tu Pepasan dan beliau pernah makan sebagai ulam. Komen terbaru
( hari ni ), olive kata boleh dimakan dan dia ada tanam di rumahnya
Jadi
untuk kepastian semua di bawah ni disertakan imej buah tu dengan bunganya
sekali.
Buah yang dah masak
berwarna merah terang (red orange)
Isi
buahnya pulak, bila dibelah kelihatan berbiji-biji dan berwarna merah
Bila ditekan -tekan biji-biji
tu agak keras
Mari
kita lihat pokoknya dengan lebih dekat. Subur menghijau walau pun di musim
kemarau. Hairan sungguh. Pulak tu cukup cepat hidup. Seolah-olah dalam sekelip
mata pokok ini akan menyelimuti pagar atau pokok-pokok yang ada kat laman
rumah.
Pokoknya cukup subur
(tak payah siram) dan bunganya berwarna putih kembang di sebelah pagi.
Antara anak-anak pokok
yang sedang menjalar memanjat pagar
Apa
kelebihan nutrient yang terdapat dalam pokok ni? Kalau ini buah yang
dimaksudkan, sudah tentu ia mempunyai keistimewaan tertentu…
Mohon
kepastian semua sahabat budiman yang arif tentang sayuran ini, agar ia dapat
dikongsi dan dimanfaatkan bersama…
Terlebih
dahulu diucapkan berbanyak-banyak terima kasih…
13 comments:
btul la itu timun tikus, kalau dibeli mahal gak, sepiring tak sampai sepuluh biji harganya RM2
try la mkn..sedap tak? pahit ke apa? tak pernah jumpa pulak kalau isi dlm nyer color mcm tu
memandangkan pada kekentalan pokoknya, tentulah ada kehebatan khasiatnya @na
Uik? Merah? Rasanya pernah jumpa, tapi dalam nya putih je. Bau macam timun tapi saya pun tak tahu boleh makan ke tak. Agaknya dia dah terkacu dengan tembikai kot. Eh?
ingat masa kecil2 dulu selalu buat main masak2...tak pernah tau pun boleh makan he heee....
confirm, it look exactly the same! if the timun dah red, it become sour bit..
Macam biji buah delima; makan lah, bolleh share apa rasanya
Cuba pua google Coccinia grandis. Lihat gambar yang muncul. Kalau sama, betullah pepasan.
1. smRose;
tima kasih rose...sebab tak penah jumpa sebelum ni...
2. nadia rashid;
pasni akan try...confirm boleh mnakan kan...
3. sud@is;
itu la...dok tetanya-tanya ni...
4. nudabuffy;
unik kan buah ni, tetiba je muncul kat laman...hehehe
5. yan's cottage;
timun ni boleh makan yan...save duit belanja beli sayur...hehehe
6. olive;
thank alot...pas ni saya mkn buat ulam n soup sayur...dah jimat belanja beli sayur.
7.Dr H;
Betul-betul mcm biji delima...InsyaAllah saya akan try..
8. Saudara Wong;
tima kasih banyak sudi singgah dan kongsi ilmu..barakallah
salam.. klu ada timun tikus lagi sya nak beli buah dagn batangnya..sbb nak tanam..call 0173868627
salamm..kak kalau ada buah timun tikus atau batangnya..saya nak beli..sbb nak tanam..call 0173868627
kalau emang ada yang beli silakan sms di no 085655511119
Post a Comment