Sunday, July 14, 2013

Betul-betul ingatkan buah, tapi bunga rupanya!


Salam ramadhan.

Alhamdulillah. Hari ni sudah masuk hari ke 5 kita berpuasa. Di bulan istimewa ni, aktiviti berlama-lama di kebun hanya boleh dilakukan pada hujung minggu iaitu pada jumaat dan sabtu. Pada hari bekerja nampaknya agak terhad untuk berkebun, masa kita susun mengikut priority tersendiri.

Usai solat subuh jumaat lepas, sempat keluar ke laman tengok perkembangan sayuran yang ditanam sebelum ramadhan sambil buat senaman ringan. Belek sana sini.

Kemudian, mata singgah pula pada pokok bendi. Senang tengok pokoknya dah subur dan menjulang tinggi. Daunnya besar-besar.

Teruja.

Bendi yang baru ditanam beberapa bulan lepas dah BERPUTIK? Terus snap gambar. Maklumlah ini lah pertama kali tanam kacang bendi.

Putik “buah” bendi pada pagi jumaat

  
Hairan.

Sebab bendi ni tak pernah berbunga pun. Tapi rasa macam pernah nampak bunga bendi di kebun maya rakan-rakan. Dalam hati berkata-kata bendi ni special lah berbuah tapi tak berbunga.

Kehairanan ini terjawab pada pagi sabtu berikutnya.

Putik bunga rupanya!

 
Tersenyum simpul sendirian tengok bunga bendi ni….

 
Memang, betul-betul ingatkan putik buah TAPI putik bunga rupanya…

Banyak lagi ilmu kebun nak kena belajar ni…
 
 

11 comments:

TukangKebun said...

Lepas berbunga dalam 3-4 hari boleh dah nak petik buahnya.

S..U..D..@..I..S said...

Semua pokok rasanya berbunga dulu kot ana , durian pun... hehehe

@na said...

1. TukangKebun;
ye ke Diana, cepat tu...tq2

2. S..U..D..@..I..S;
hehehe...tu la sud@is, dok tertanya2 mmg lawak la...sbb tgk kan bentuk tu mcm buah tau..

suka suka said...

assalam ana.. selamat berpuasa... wah tinggi-tinggi pokok bendi ana... pokok akak kemetot je.. namun syukur ada juga buahnya... kena petik segera kalau tidak dia woody..

Ibu Qistina said...

Assalam @na,

hehe......pokok bendi main au cak dengan @na,lepas ni lebat la pokok ada dengan buah bendi. hari2 makan bendi....hehe

@na said...

1. suka suka;
salam k mar, terkejut jgk tgk pokok bendi ni tinggi dan besar2 daun dia...tk penah tgk live seblum ni...tq k mar n selamt berpuasa..

2. Ibu Qistina;
salam Ibu Qis.
hehehe...betul la dia main au cak...nak tergelak pun ada...InsyaAllah pasni dh kenal pokok bendi dgn bunga n buahnya sekali...hehehe

Adry@Daun said...

As salam @na,
Tahniah sbb tanaman bendi dah berjaya mengeluarkan hasil. Bendi baka singa F1 979 ke yg @na tanam ni. Kalau bendi tu, @na bersedialah utk tuai hasilnya dalam tempoh 6 bln lebih tanpa henti.

Putik buah bendi lebih kecil drp bunganya. Cuba @na tgk lepas bunga gugur(petang), kecik je putiknya. Betul spt kata TukangKebun, buah bendi perlu dipetik 4-hari lps bunganya mekar. Lbh drp itu ia menjadi keras dan bersabut.

Sbg info, bendi adalah sepupu sepapat bunga raya.

Nornajuwa Sayangku said...

Salam @na, sy pn ingat 3hr lps pokok bendi dh nk berbuah, lupa yg kena berbunga dulu..senyum sorang2 lps baca post @na..

@na said...

1. Adry@Daun;
Salam en. adry, syukur Alhadulillah. Saya tak pasti jenis baka bendi ni. Benihnya tu compliment dari TukangKebun. Betul en adry bunganya dah gugur, dh Nampak putik buahnya, memang kecik je. Terima kasih banyak atas maklumat dan ilmu yg disampaikan ni.

2. Nornajuwa sayangku;
hehehe...ooo najwa pun ada tanam bendi ya? nampaknya kita kena belajar byk lg kan?

MoK NaNiE said...

hehehe.. sama lah ngan saya.. ku sangkakan buah rupanya bunga laaa... 1st time tanam mcm 2 lah...

@na said...

hehehe...ni pengalaman yg sgt lucu kan...tak pa lps kita pandai dah..