Subhanallah.
Kuak
je pintu rumah, harum melur semerbak menyapa hidung di hening pagi Ramadhan ke
7 ni. Melur selapis sedang memutih selari mengikut fitrahnya.
Dalam gelap-gelap di awal pagi
tadi, sebelum bertolak ke ofis cepat-cepat snap beberapa foto.
Melur jenis
ni cukup ramah…sentiasa berbunga dan sungguh wangi
Disebelah
pasu melur kelihatan zucchini telah berputik. Tapi dah tahu dah. Ini mesti
putik bunga bukan buah. Walau pun tak pernah tengok pokonya sebelum ni.
Tak sabar nak tengok putik-putik bunga tu kembang...pokok zucchini ni
sangat besar, mungkin berat tu nampaknya dah tersandar ke pagar
Tetamu
ni ni pulak seolah-olah menyapa untuk turut bergambar. Wah bukan main posing
lagi dia di hujung daun Russian Giant Sunflower tu.
Ni mungkin
dari keluarga belalang kot
Tabarakallah.
Semuanya milikMU…
9 comments:
salam ana,
wah meriah nampaknya kebun..mcm2 ade gitu..pernah tanam zuchnnie tp stakat berbunga jer...tak berbuah..
salam ummu, ye ke tak berbuah? ni tak tau la berbuah ke idak...tak pa, bunganya pun boleh di buat sayur jgk kan ummu?
Salam @na,
Waah dah start tanam zuccini,saya tak tanam lagi....sedang berkira2 nk tanam. Updated selalu ya @na pasal zuccini @na. Nak kaut ilmu dari @na....hehe.
Happy garden.
As salam @na,
Melur tu antara bunga kesukaan saya. Bunganya mekar waktu senja sebenarnya dan akan kekal sehingga esoknya. Pokok zucchini tu subur dan harap2 lps ni menjadi la buahnya. Yg keluar dulu tu bunga jantan.
Serangga tu bukan jenis belalang la @na. Org panggil dia kepinding atau ore Kelate sebut kesing. Kepinding ni jenis serangga perosak. Ia akan menghisap cecair drp pucuk pokok dan menyebabkan pucuk menjadi layu dan kekeringan. Ia adalah antara musuh utama pekebun/petani.
1. Ibu Qistina;
salam ibu qis, baru cuba tanam ni..rupanya pokok zucini ni besar ya..pokok kena ribut 2 ari lps dah senget benget dah...sebelum ni tegak elok je...InsyaAllah, kita sama2 belajar gardening..hehehe
2. Adry@Daun;
salam en adry, ooo maknanya Wangi melur dari senja kemarin la tu ya... maksudnya bunga zucchini jantan ni tak akn mengeluarkan buah? Jd blh petik dulu buat sayur kan...Mudah2an lps ni bunga betina akan keluar dan berbuah
mcm ni rupanya kesing penah dgr tp tk penah tgk...terima kasih sudi singgah berkongsi ilmu kebun di laman ini..moga ia menjadi ilmu yg bermenafaat utk rujukan semua dan berpanjangan..InsyaAllah.
teringin nak tanam zucchini gak!
zucchini ni mudah hidup la...ni tak sabar2 nak tgk bunga dia kembang hehehe
Bunga jantan tu kalau boleh @na jgn tuai lagi kerana setiap sesuatu yg berlaku tu apa sebabnya. Bunga jantan keluar dan mekar dulu bagi kebanyakan pokok jenis menjalar/memanjat adalah sebagai pemikat utk serangga ejen. Bila mereka dah tau ada bunga di situ, kerja2 mendebunga bunga betina akan menjadi lebih teratur. Kalau pokok zucchini ni jenis self pollination tu takpa nk petik bunga jantan.
ooo itu peranan bunga jantan ni...kalau mcm tu tk blh petik dulu la, sbb tak pasti zucchini ni jenis self pollination or not..terima kasih byk2 atas ilmu yg sgt berguna ni
Post a Comment