Wednesday, July 17, 2013

Petang nanti dah boleh tuai ni…


Salam Ramadhan. Hari ke 8 sudah..

Sejak akhir-akhir ni 3 pasu bunga melur di halaman seolah-olah sedang berlumbu-lumba mengeluarkan bunga. Putih berseri. Harumannya cukup menyegarkan. Syukur dengan kurniaan nikmat wangian ini.

Bau bunga melur seolah menggamit supaya dilayan. Buat kaki akan melangkah mencari arahnya, walaupun dalam keadaan tergesa-gesa untuk ke pejabat…dan mula lah “berjangkit” kepada “jiran-jiran” bersebelahannya..

Sawi, basil dan spring onion.

Itu di antara sayuran ditanam untuk stok ramadhan nampaknya dah boleh dituai. Alhamdulillah, pertumbuhan tanaman mengikut jadual perancangan..

Sawi 5 bintang ni benih dari tanamsendiri.com

 
Basil Genovese seeds dari mirukugarden

 
Spring onion - benih bawang dari tesco. Ditanam dalam 2 minggu lepas

 
Gabungan ke tiga-tiga jenis sayur ni rasanya sesuai untuk dimasukkan dalam spaghetti goreng, sebagai menu berbuka petang nanti. InsyaAllah.

  

11 comments:

Ibu Qistina said...

Salam @na,

subhanallah,meriahnye tanaman @na....ni yang jeles ni. hehehe...

nk kene tanam jugak ni...tak leh jadi. Basil tu geram je saya tengok....montok2. sawi 5 bintang pun tak mo kalah. :)

wanie ibrahim said...

memang kena dgn namanya...sawi 5 bintang..hasil pun 5 bintang hehe

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
ziarah di petang hari.. saya follower sini yang ke 100.. :) selamat berkenalan.. :)

wow.. 2 minggu spring onion dah naik camtu.. leh potong wat letak dlm sup dah tu.. sawi tu nampak segar sangat.. sejuk tangan yer.. semua menjadi..

ummuaidan said...

salam ana..
wah banyak sayur dari ladang..ygsawi5 bintang tuh mcm pakchoy pun ade kan...
selamat membuat mee ..:)

@na said...

1. Ibu Qistina;
Salam Ibu Qis, Basil tu mmg best la...cepat hidup dan baunya cukup Wangi...moh kita tanam basil ramai2 hehehe..

2. wanie Ibrahim;
hehehe...mungkin wanie tanam lg tambah bintangnya tu... hehehe

3. JaSSNani;
Waalaikumussalam. Terima kasih sudi singgah dan folo blog kerdil saya ni...hrp ukhwah berpanjangan..
mmg best tanam spring onion ni cpt berhasil...kalau kat pasar bukan main mahal lg dia kan?

4. ummuaidan;
salam ummu, kalau ikut plan tu mmg nk goring mee lah utk berbuka nanti..

Rini said...

seronoknya tgk tanaman hidup subur mcm ni. sy dh try tanam basil byk kali masih tak de yg tumbuh. belum ada rezeki agaknya.

@na said...

rini, basil jenis ni mcm cpt je tumbuh...hari ke 3 germinated...cuba lg, InsyaAllah berhasil.

Nornajuwa Sayangku said...

waa bestnyer dh leh tuai, chat n segar tanaman @na.

@na said...

Alhamdulillah syukur...

suka suka said...

assalam ana... suka akak tengok pokok daun bawang bersusun tu ... akak baru semai .. kali ni try bwg putih... banyak yang tumbuh daun dalam petiais...

@na said...

salam k mar, ooo ye? pasni nk semai jgk lah bwg putih. thanx k mar