Monday, March 17, 2014

Bunga jantan, bunga betina



Sebelum ni tahu makan ja buah labu. Sayur putih labu memang terbaik. Kadang tu mak buat pengat. Kalau ada majlis atau kenduri besar mak akan ‘siro’ labu. Kira dessert istimewa la tu. 

Pernah jugak tengok pokok labu sebelum ni. Penah tengok bunga labu. Kembang besar. Kuning. Cantik. Tapi tak ambik pot sangat. Dan tak terfikir pun nak tanam sendiri, laman yang ada kecik sangat, tak sesuai tanam labu.

Tapi entah macam mana, tetiba muncul pokok labu kat tepi pagar dapur. Subur pulak tu…menjalar bagaikan johan! Mungkin ada bijik tercampak masa buat ‘micro green’ labu ari tu kot!!!

Lo ni pulak, dok tengah berbunga. Meriah betul. Dalam hati terfikir2 ‘lepas ni dapat lah merasa buah labu dari laman sendiri’. Berbaur rasa bangga pun ada. Agaknya, berapa lama lagi ni ya? 

Apa lagi, mula lah gugel…

Rupanya bunga yang meriah2 tu tak bebuah!!! Hahaha…punya nya !!! pokok labu ada male and female flowers!!! 

Bunga labu jantan…handsome kan?

Yang dok meriah2 kan laman tu ‘bunga jantan’ dan yang comel malu-malu kat belakang daun tu bunga labu ‘betina’. Dia yang keluarkan buah! Tabarakallah…!
Jom, kita berkenalan dengan sang puteri….

Ini lah pulak rupa bunga puterinya, sexy rite?

Bunga puteri sudah kuncup

Macam mana nak jaga tuan puteri ni? Balut atau ? 

Kepada sesiapa yang ada info tolong kongsi, k…



10 comments:

sud@is said...

dah sebesar guli tuuu buahnya...ada berapa guli-guli @na.....

@na said...

buat masa ni ada 3, sud@is...hrp2 semuanya selamat...

Honey said...

Salam.

Jangan di sentuh putik labu tu apatah lagi di balut. Kadang-kadang putik labu akan berhenti membesar dan seterusnya layu dan kering. Kalau nak tau dia membesar ke tak, buahnya akan nampak berkilat aje. Kalau dull (tak kilat) itu maknanya ia akan layu and kering.

Ada yang kata kalau nak putik ni terus membesar, guna berus lukisan yang lembut tu, sapukan pada debunga bunga jantan sampai melekat pada berus tu then sapu kat debunga bunga betina. In Shaa Allah, ada rezeki jadi lah ia.

I punya hanya survived 2 biji yang lainnya tak survive. Dah malas nak mengharap, I cabut semua pokok labu tu walaupun ada putik labu sebesar ibu jari kaki lelaki. Sebab I tau ia takkan survive dah. Cukup lah dapat rasa dua biji labu. Alhamdulillah :)

UmmuAidan-Arissa said...

salam ana,
dalam blog sy ade pasal cara nak mendebungakan secara manual nie..rsnya entri pendebungaan labu,kalau rajin blh search tgk..tak ingat dah nak citer panjang..hehehe

yan's cottage said...

wah.....tak lama lagi....dapatlah hasilnya tu....

sud@is said...

@na boleh kawinkan depa tu @na ..rujuk kat sini

http://www.tanamsendiri.com/2011/10/mendebunga-bunga-labu-manis-secara.html

@na said...

1. Honey;
wassalam honey...tima kasih byk bg k info yg sgt berguna ni...tima kasih

2. UmmuAidan-Arissa;
Wassalam ummu...ok ummu i wil...tima kasih byk2..

3. yan's cottage;
InsyaAllah yan, nnti kita bingka labu plk k....

4. sud@is;
ooo kita kena kawin kan depa no....tq2

Kakzakie said...

Kalau kembang lalu gugur tak menguncup tu jantanlah ana tapi kalau yg jadi putik di belakang bunga dan lama-lama bunganya menguncup dah tanggal akan jadi buah itulah betina. Ha.... kakak memang org kampung betul-betul dan membesar dgn buah labu. CUma tak jadi cindarella aje hahaha... ting! labu jadi kereta pari-pari kan best:)

nadia rashid said...

Salam Ana...amacam dah try main kawin2 dengan labu...sy dulu try dgn petola...dgn izin Nya menjadi buah petola

Nurul Wahida Ab Mutalib said...

Pertama kali cuba tanam buah labu manis akhirnya berhasil .dah mula berbunga.besok nak check bunga jantan ke betina...Alhamdulilah