Monday, March 3, 2014

Sudah pukul 10???



Setelah disiram, dibaja dan dibelai2 beberapa hari Nampak portulaca segar dah sikit…

Beberapa pasu boleh diselamatkan…. Dan dah mula berbunga… Nasib baik, pokok portulaca ni mudah hidup…berseri la sikit laman “sahara” ni!!! 

Walau pun hanya beberapa kuntum sudah cukup membakar semangat

Merah terang...ceria!!!

Warna lembut menyegarkan

Portulaca ni, ada jugak orang sebut pokok bunga Pukul 10…

Memang ya pun…pukul 10 ke atas baru lah kembang penuh… Kalau nak ambik gambar bunga kembang kena tunggu pukul 10…hehehe


11 comments:

UmmuAidan-Arissa said...

salam ana,
mmg betul yer kembang tepat2 kul 10..heheh..kalau pegi kerja tak dpt bergambarlah yer..:)

sud@is said...

Kat kampung saya panggil bunga jari lipan, tk pasti yang ros jepun tu yang ni juga ka?

nadia rashid said...

mak sy panggil rose jepun...itu rupanya nama saintifik nya

JaSSNaNi said...

haaa.. tau nama ni.. dah lama dulu mmg panggil bunga kul 10.. sebab dia kembang kul 10 pagi.. :) actually awal lagi kot.. tapi kul 10 yg dapat.. hehehehe

rostina76 said...

saya panggil ros jepun juga. suke bunga ni sebab senang tumbuh & berbunga. antara bunga yg saya akan tanam bila blk rumah sendiri nanti. hehe angan2

❤Kamsiah❤ said...

subhanalah...cantiknya...
akak panggil bunga pukul 10 ataupun ros jepun...

❤Kamsiah❤ said...

subhanalah...cantiknya...
akak panggil bunga pukul 10 ataupun ros jepun...

Kakzakie said...

Kakak pun ada tanam pokok ini utk tutup atas tanah dlm pasu Ana. Tapi kakak punya warna putih, merah, oren dan kuning... senang hidup tapi kena rajin selalu semai balik sebab cepat membiak dan pokok jadi tua...

Bila pagi cantik semua kembang. Kakak panggil ros jepun hihi... tak tahu nama scientific..

suka suka said...

Takle Sahara sangat laman ana ni.. ada bunga2 dah tu sebab boleh belai hari2.. rj akak seketui dua je yg berbunga sebab jumpa seminggu sekali

muka petak petak said...

santek la..

Linda said...

@na, saya masa sekolah rendah dulu tanam pokok pukul 10 ni depan rumah, punyalah sayang sebab cantik kan bila dia kembang byk2. Cuma siput suka makan pokok pukul 10 saya hihi :)