Thursday, March 27, 2014

Tanam keledek dalam pasu!!!



Dalam sayuran lain terkial-kial nak hidup dalam cuaca panas, nampaknya keledek dalam pasu ni subur menghijau!!! Pucuknya berkilat. Dan tidak di serang bena. Nampanya keledek ni tanaman tahan lasak dan tak banyak kerenah!

Rimbunan keledek dalam pasu

Untung tanam keledek ni…boleh dikatakan macam pokok 2 in 1…Selain daripada ubi, pucuknya juga mempunyai khasiat tersendiri. Tuan tanah ada terbaca penemuan kajian MARDI tentang daun/pucuk keledek, didapati pucuk/daun keledek mempunyai nilai nutrisi yang sangat tinggi dan kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink. Ia menjadi salah satu sumber anti-oksidan yang amat diperlu oleh tubuh kita!!!

Jadi mulai dari situ, tuan tanah bersungguh-sungguh tanam keledek. Tanam dalam pasu ja. Fikir kalau tak berisi pun tak pa dapat makan pucuknya pun besar nikmatnya!!!...
Pucuk keledek yang dituai kali ke 2

Pucuk keledek memang sedap…dan yang best nye boleh dituai berkali-kali. 

Pecal pucuk keledek – festime buat ni.. hehehe (belajar dgn ofismate)

Jom, tanam keledek dalam pasu…ikutkan pengalaman tuan tanah, keledek mampu berisi (ubi) walaupun ditanam dalam pasu/bekas. Penah tuai dan penah post dalam N3 sebelum ni!


8 comments:

Kakzakie said...

Tengok tangan juga Ana. Kalau jenis tangan sejuk menjadi aje. Kakak pun suka pucuk keledek tapi belum pernah cuba menanam di dalam pasu. Masak sayur tumis pun sedap juga.

Lain kali kalau ada pasu dan tanah kakak nak cuba juga tanam dlm pasu.

Kakzakie said...

Oh ye Ana tanam keledek guna ubi dia ke mata pada keledek itu? Kakak betul-betul interested ni hihi...

sud@is said...

Keledek ni kuning ke putih ana, macammana nak tau ubinya dah matang?
macam minat ni....

@na said...

kakzakie, saya biarkan ubi bertunas dulu, pastu potong (peel) mata tunas rendam dlm air.. biar smpai keluar akar pastu baru tnm dalam pasu...cuba la kak...InsyaAllah...so far menjadi

suka suka said...

Buat gulai lemak cili padi pun sedap

@na said...

1. sud@is;
ni keledek kampung...isi putih bentuk bulat2...saya suka jenis ni sbb isi dia tk lembik...
kalau dah berisi daun dia menguning/kering....dia dah tk larat nak berpucuk...masa tu blh gali la..

2. suka suka
blh try ni k mar...

nadia rashid said...

Nak Cuba la tanam dlm pasu...dulu pernah tanam direct..abis ditebas dek mesin rumput

@na said...

sebenarnya kami xdak kaw nk tanam terus atas tanah...tp ok jgk nadia, dlm pasu pun...