Monday, March 24, 2014

Jom, buat sendiri ‘baja ungu”



Semalam sempat kemas laman. Buang mana-mana pokok kering terutamanya, oyster plant yang dah tua merenyut kat laman ni… Sebahagian besar daunnya dah kering dan kurus meruncing… 

Masa masih remaja pokok ni memang cantik. Daunnya dwi-warna. Bahagian atasnya hijau berkilat di bawahnya pulak berwarna ungu pekat. Tapi keseluruhannya kita nampak pokok ni lebih kepada warna ungu…

Oyster plant masa “remaja”…

Bila dah cabut, menimbun pulak oyster plant ni. Memandangkan timbunan yang agak banyak, tuan tanah terfikir kenapa tak kompos je…buat sendiri “baja ungu”

Kawasan operasi membersih oyster plant

Timbunan oyster plant yang dah tua…

Ambik masa jugak nak mulching semua oyster plant ni…..InsyaAllah jika projek ni berjalan lancar, dalam tempoh sebulan terhasil la baja ungu ni… 

Baja ungu?...

Jangan tertanya2 pulak, saja pandai-pandai tuan tanah boh nama sebab daun yang di kompos semuanya berwarna ungu, tak dak langsung daun hijau!!!


8 comments:

Kakzakie said...

Pokok yg paling mudah ditanam dan cepat membiak kalau tanam di atas tanah. Kalau dlm pasu pulak kena rajin selalu sulam/ganti inilah dia kan Ana.

Ungu sebab belakang daun kan ungu. Pandai aje Ana ni bagi nama :)

Awin said...

saspen jaaa ana ni

UmmuAidan-Arissa said...

Baja ungu pun ok jer ana..janji free :)

sud@is said...

ada ja kreatif @na ni...nnt nak sket baja ungu....

BUNDA a.k.a KN said...

rasanya bunda pernah tanam...sebelum pindah rumah dulu..
salam ziarah dari bunda..

@na said...

1. Kakzakie;
memang pun kak...pokok ni cukup senang hidup...tapi kena rajin sulam/ganti la kan?

2. awin;
sori...awin bg saspen...hehehe

3. UmmuAidan-Arissa;
Betui2....ummu

4. sud@is;
bole2 sud@is, tapi mahal sikit la...hehehhe

5. BUNDA a.k.a KN
ooo ya...senang hidup kan?
tima kasih BUNDA sudi singgah

kakyon said...

bunga ni bila gemok cantik..kena rajin ubah balik baru subur semula..

@na said...

betul tu kak yon, mmg kena rajin cabut dan tnm balik...baru cantik...tp kalau terabai jd la mcm ni...hehehe
tima kasih kak yon sudi singgah