Wednesday, March 5, 2014

Rahsia pokok terung pipit..



Walau cuaca panas, tak bersiram, tak dibaja tapi pokok terung pipit ni boleh hidup subur la pulak …. 

Yang best tu, terung pipit tak ditanam pun, tapi tumbuh sendiri di tepi pagar… Masa bila muncul pun tak pasti…Tengok-tengok dah ada buah…

Comei-comei buahnya…

Pernah tengok pokok ni, tapi belum penah makan buahnya lagi…tak tau menu apa sesuai masak terung pipit ni…

Melihat pada ketahanan pokok ini atau nama botaninya Solanum tarvum macam ada rahsia disebaliknya….

Pokok yang tiba-tiba muncul di tepi pagar

Jadi terus tanya Mrgugel. Rupanya selain daripada ada kahsiat herbanya, terung pipit ni jugak ditumbuhkan untuk membersihkan bumi…di bawah ni diletakkan hasil carian tanpa ditokok tambah:

“Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah.  Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya” 
sumber:herba.herba.my.

Jadi selepas dapat info ni, macam terbantut lah pulak nak cuba masak buah terung pipit ni…


6 comments:

Kakzakie said...

Tapi kakak makan buat ulam tau Ana. Ada pahit-pahit lemak sedap makan dgn sambal belacan. Org muda macam Ana memang tak pandai makanlah macam anak kakak..

sud@is said...

cantik buah dan bunganya...dah bebelah bagi selepas bc n3 ni...

suka suka said...

Buat sambal ikan bilis pun sedap..

UmmuAidan-Arissa said...

terung pipit nie bukeko orng panggil terung manggo ko na? celur cicoh budu sedap jgk cumo byk butir jah..

nadia rashid said...

sy x reti mkn..tapi mok sy suka celur mkn dgn budu..mcm ummu ckp tu...sedap yer rasanyak.zakie..ni buat teringin nk rasa

Tiny gardener said...

Cook in green curry, pound together with sambal belacan....these are what I usually do with these mini eggplants.