Walau cuaca panas,
tak bersiram, tak dibaja tapi pokok terung pipit ni boleh hidup subur la pulak ….
Yang best tu, terung
pipit tak ditanam pun, tapi tumbuh sendiri di tepi pagar… Masa bila muncul pun
tak pasti…Tengok-tengok dah ada buah…
Comei-comei buahnya…
Pernah tengok pokok
ni, tapi belum penah makan buahnya lagi…tak tau menu apa sesuai masak terung
pipit ni…
Melihat pada
ketahanan pokok ini atau nama botaninya Solanum tarvum macam ada rahsia
disebaliknya….
Pokok yang tiba-tiba muncul di
tepi pagar
Jadi terus tanya Mrgugel.
Rupanya selain daripada ada kahsiat herbanya, terung pipit ni jugak ditumbuhkan
untuk membersihkan bumi…di bawah ni diletakkan hasil carian tanpa ditokok
tambah:
“Pokok terung
pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu
menyerap logam berat dari tanah. Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi
tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak
keracunan kepada manusia yang memakannya”
sumber:herba.herba.my.
Jadi selepas dapat
info ni, macam terbantut lah pulak nak cuba masak buah terung pipit ni…
6 comments:
Tapi kakak makan buat ulam tau Ana. Ada pahit-pahit lemak sedap makan dgn sambal belacan. Org muda macam Ana memang tak pandai makanlah macam anak kakak..
cantik buah dan bunganya...dah bebelah bagi selepas bc n3 ni...
Buat sambal ikan bilis pun sedap..
terung pipit nie bukeko orng panggil terung manggo ko na? celur cicoh budu sedap jgk cumo byk butir jah..
sy x reti mkn..tapi mok sy suka celur mkn dgn budu..mcm ummu ckp tu...sedap yer rasanyak.zakie..ni buat teringin nk rasa
Cook in green curry, pound together with sambal belacan....these are what I usually do with these mini eggplants.
Post a Comment