Ulam Raja atau cosmos caudatus. Antara
ulam yang paling mudah ditanam. Cuma tabur, kemudian tutup seeds dengan sedikit lapisan tanah dan siram. Dalam masa 2-3 hari, biji benih akan bercambah. Ia sangat cepat membesar dan tak banyak
kerenah. Siram secukupnya…dan kalau rajin letak baja kompos sekali sekala…kalau tidak
pun tak pa.
Tetap subur.
Tetap subur.
Makin
segar selepas hujan…
Sekotak pun memadai. Cukup sebagai
bekalan salad segar harian. Rasanya pun sedap dan juga dipercayai amat berkhasiat. Tambah-tambah "homegrown" pulak, bebas racun, bebas baja kimia!....Paling untungnya ia boleh dituai berkali-kali. Dan yang
bestnya tu, lagi dituai lagi gebu!!!!
8 comments:
Betul lagi dituai lagi banyak pucuk baru tumbuh itu yg best..
Ulam raja nie mmg low maintenance kan na...sekali tumbuh berbunga berbiji abeslah dia meraja..:)
Ampun tuanku
makanan kegemaran tuanku ada dikebun hamba,tumbuhnya merata-rata..
Itu tanda Ulam raja diminati rakyat jelata..
Mungkin tuanku jamah sekali sekala tapi hamba tak jamah tu boleh dikira..hahahah
ulan yang banyak khasiat ni :)
alhamduillah pokok ni mudah ditanam kan :)
Kalau nak buat telur dadar, bolehlah potong daunya kecil2 dan masukkan bersama. Goreng. Sedap makan panas2.
Sekali bunganya berjaya kering kemana2 lah dia tumbuh nanti
1. kakzakie;
betul tu kak...lg puas sbb tnm sendiri...hehehe
2. UmmuAidan-Arissa;
mmg vy low maintenace ummu...tp raja kat laman kami tk sempat bermaharalela sbb pucuk dia selalu kena getuh ...
3. sud@is;
hahaha......tuanku belum mencemar duli lagi kat laman tuan hamba ya?
4. Tihara;
Alhamdulillah....syukur nikmat Allah yg tak terhingga...
6. Normala Saad;
oooo...boleh masuk dalam telur dadar...boleh try ni...tima kasih ats info ni kak
7. nadia rashid;
kat laman kami ni ulam ni tk sempat nk bebunga nadia...hehehe
Post a Comment