Thursday, October 23, 2014

Tanaman laman: Cili solok berbuah jugak…



Semalam dah tuai,
3 bijik cili solok saiz L
Puas, walaupun cuma 3 bijik…

3 bulan lepas tuan tanah tanam 8 pokok cili solok. Hanya 3 pokok yang hidup. Tu pun kedin ja! Selebihnya diserang penyakit pucuk kerinting. Gone!
Alhamdulillah. Walau pun kedin bebuah jugak. Ada lah 3 biji. 

Sebijik dari pokok pertama

2 bijik dari pokok kedua

Cili ni berwarna hijau muda atau lebih kepada lemon green. Cantik! Dan bertukar merah bila sudah ranum. Tapi selalunya cili ni dipetik sebelum ranum kerana lebih sedap dimasak ketika ia masih muda.!!. 

Dan, cili ni rasanya amat sinonim dengan masakan tradisional Kelantan.  SOLOK LADA contohnya, seolah-olah jatuh “wajib” guna cili solok, hehehe.. Itu la agaknya cili ni dapat nama CILI SOLOK. Selain daripada itu, kelazatan masakan singgang dan daging goreng kelantan antara menu lain yang sangat bergantung kepada cili solok. Ia memberi rasa lazat dan aroma yang tersendiri! 

Tuaian semalam dah selamat, untuk daging goreng! Cun…


12 comments:

suka suka said...

Alhamdulillah.. KMar tumpang seronok..

Kakzakie Purvit said...

Kakak tak pernah tanamlah bila baca apa yg Ana describe tentang cili tu. Yg kakak biasa tanam masa muda hijau dan masak merah..ala yg biasa tulah..

Teringin juga nak tanam yg macam ni..

sud@is said...

Awat tak tunjuk sekali masakn daging goreng + cili solok, ka belum masak lagi....

Linda said...

ohhh..baru saya tahu ana, rupanya ada cili khas utk solok lada tu...sedapnyaa lah hai solok lada :)

Honey said...

Salam Ana,

Whoa bersolok lada lah dia tengahari ni ye? I baru je makan solok lada tadi. Beli nasi kerabu di pasar pagi depan opis ni ha and makan lunch time tadi.

nadia rashid said...

Tahniah Tahniah berjaya dapat hasil nya...besar n panjang plk tu...sy rasa sy dah gave up dengan cili jenis ni...kalau nak tanam pun mungkin beli lada solok fresh dan tabur benih nya...sebab beli benih dah tak tau berapa ringgit dah abis..

AMIIZAA@Mieja said...

Puas saya tengok:):) seronoknya tgk hasil tgn na:):)

Endah Murniyati said...

Cabenya cantik sekali!

Umm AA said...

salam ana, kena tunggu gemok sikit lg buat solok br cun kan..*()*

TukangKebun said...

Sangat cun cili solok Ana tuai.
Terbayang pula kalau ada parut isi kelapa campur dengan isi ikan sumbat dalam cili tu...meleleh air liur.

Unknown said...

Lada ni yang selalu ada dalam nasi kerabu kan?

@na said...

1. suka suka;
tima kasih kak mar...

2. Kakzakie;
rasanya belah2 johor cili ni jarang dijual kat pasar kan kak?

3. sud@is;
mcm malu la plk nk tyg, InsyaAllah next n3 kot...hehehe

4. Linda;
betul tu linda...rasa berbeza dgn cili biasa kan?

5. Honey;
Wassalam honey,
tak tak...buat goreng daging ja honey..hehehe

6. nadia rashid;
tima kasih nadia...
saya pun baru cuba tnm...beli benih dgn jualjualbenih...ok bercambah...cuma lps tu ja ada gangguan makhluk asing...hehehe

7. AMIIZAA;
tima kasih miza

8. Endah Murniyati;
tima kasih endah...

9. UmmuAidan-Arissa;
wassalam ummu...tu la...tk sabar2 nak petik...

10. TukangKebun;
hehehe walaupun 3 bijik...puas!
tima kasih diana

11. aishah nin;
ya ya aishah...selalunya solok lada tu dimakan bersama nasi kerabu...
tima kasih aisha sudi singgah...moga ukhwah berpanjangan..jazakallah