Sunday, October 12, 2014

Tanaman laman : Cosmos berbunga ikut schedule...



Syukur, tuan tanah percaya semua muslimin telah sempurna menunaikan ibadah korban dan menyambut Aidil Adha dengan penuh keinsafan. Tuan tanah pun baru habis bercuti dan hari ni baru berkesempatan turun ke blog. Miss sesangat dan rasa dah banyak ketinggalan hidangan entri istimewa sahabat bloggers semua. Dan hari ni baru tuan tanah dapat turun kebun…tengok mana patut…
Biar tuan tanah mula dengan cosmos dulu…

Sasaran tuan tanah nak tengok cosmos sempat berbunga menyambut Aidil Adha menjadi kenyataan. Alhamdulillah.

Yellow cosmos dah mula berbunga

Tak banyak cabaran tanam cosmos ni. Esp yelllow cosmos, bila pokoknya dah capai ketinggian 1 kaki iaitu dalam tempoh lebih kurang 3-4 bulan, ia dah mula mengeluarkan putik2 bunga comel dan lebat.

Di ambang Aidil Adha lepas, semua pokok berbunga dan kembang sepenuhnya. Bunga-bunga kuning merwarnai laman. Sungguh menceriakan. Ia kembang dan bunganya meliuk-lintuk dan berayun-ayun di hujung tangkai. Sangat comel. Patut lah, ia juga diberi nama pokok BUNGA BINTANG BERAYUN.

Kembang seminggu sebelum Aidil Adha

Jika diamati, bunga cosmos ni bertangkai panjang iaitu antara 6-8 inci dan halus. Kelopak bunganya pulak berlapis-lapis dan bila kembang penuh bunganya boleh  mencapai lebih dari 1- 2.5 inci lebar. Tentunya, ia agak berat untuk ditampung oleh tangkainya yang panjang dan halus. Sudahnya ia akan bergoyang-goyang mengikut sunnah kejadiannya!. Cukup indah.

Tabarakallah.



12 comments:

sud@is said...

Assalam @na
Lama tak bersiaran beraya sakan ya....
Nampak macam ada bunga kering tentu boleh buat benih..nak sket hihihi

suka suka said...

Assalam @na... berseri si kuning cosmos..

cucubulat said...

salam @na,,cantik kuning cosmos tu,,berseri2 laman @na di hari raya yer..

Julie22 said...

Cosmos memang sangat cantik lagi2 bila digabung2 color2 yg lain cam merah, putih, ungu...stakat ni hanya cosmos berwarna kuning & jingga je yg berjaya Julie tanam, yg color merah, putih & ungu asyik gagal je, stress juga hehe..kak @na pernah tanam color lain tak?

Honey said...

Salam Ana,

Cantik warna nya.. and cantik rumah Ana...

Seri7ujuh said...

As salam...
baru la ni tau nama dia bunga bintang berayun...

nadia rashid said...

Cantik betul...sy belum menjadi lg tanam cosmos...ulam raja byk la

Normala Saad said...

Kak dah dapat warna kuning ni..nanti boleh campur dengan color oren

Ibu Qistina said...

Assalam @na,

cantiknya cosmos yang @na tanam,berseri2 laman denga warna kuning terang cosmos. :D

@na said...

1. sud@is;
Wassalam sud@is,
hehehe....kita raya kan...
mmg dh byk bunga kering...mmg boleh sesangat...nnti bg alamat ya...hehehe

2. suka suka;
Wassalam kak mar...cosmos ni mmg comei kan?

3. cucubulat;
Wassalam CB, syukur..tp tak la berseri mana pun hehehe...

4. Julie M;
sama la kita julie, akak cuma ada kunin je yg oren baru semai jumpa seeds tepi jalan hehehe...
ari tu ada semai mcm2 jenis cosmos seeds dr o/c tp seribu kali syg semo tk tumbuh lgsg

5. Honey;
Wassalam honey,
tima kasih honey...

6. Seri7ujuh;
saya pun baru tahu dari sil ari tu...hehehe

7. nadia rashid;
ikutkan cosmos ni cukup senang di tnm nadia...

8. Normala Saad;
saya pun baru jumpa benih cosmos oren tepi jalan ari tu, tapi kak...cuma hidup sepokok je...masih kecik lg ni

9. Ibu Qistina;
Wassalam ibu qis;
baru ada jenis ni ja...klu ada mcm color tentu lg meriah kan? tgh nk buat koleksi ni ibu qis...tapi ari tu dah semai yg lain2 color tp tk tumbuh pun..

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Hebat betul aim waktu berbunga yg bersamaan dengan raya - meriahlah raya dengan kosmos yang menguning ya!

TukangKebun said...

Sama-sama sini pun cosmos jenis ini on time bloom masa Raya Haji.