Sunday, March 3, 2013

Baked vege…cili potong tu je tuaian dari kebun

Rezeki. Rezeki… Syukur Alhamdulillah. Ar Razzak, Engkau lah Yang Maha Pemberi Rezeki.
 
Macam biasa lah wik-end..turun ke kebun.. Pagi kemarin baru mula nak semai seeds yang baru dapat isnin lepas.
 
Buat persediaan semaian benih. Masukkan tanah dalam pasu, tabur biji benih dan siram… dan kemaskan apa-apa yang patut… Kerja semaian selesai. Jam dah tunjukkan tepat pukul 12.30 tgh. Start berkebun pun dah lewat, dalam pukul 10 pagi.
 
So, cepat2 tinggalkan kebun. Nak sediakan lunch pulak.. Dalam dok sibuk sediakan bahan untuk masak, tiba-tiba terdengar nama dipanggil jiran sebelah…keluar je dari pintu dapur…MasyaAllah sedulang set lunch dihulur..
 
Jadi, cepat-cepat dulang tu disambut dengan hati yang berbunga..dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga. Mana tidaknya, perut tengah kerongcong dan separuh tenaga dah hilang…bayangkan betapa bersyukurnya…

Rezeki datang bergolek!. Barakallah.
 
Dah, tak payah masak…
 
Cuma tambahkan sayur je.. Apa lagi, bakes jer vege…terung, tomato n capsicum. Tambah cili potong bagi rasa pedas sikit. Cili tu je dari kebun…sayuran yang selebihnya tu dituai dari Giant.

Sayur2 dipotong dan disusun dalam baking tray

bakar dalam 5-7 minit

Baked vege dah sedia untuk dihidang
 

Cili potong tu dituai dari pokok yang kurus ni la…hehe

 
Ni la set lunch dari jiran sebelah, nasi beriani n lauk pauk

 
Itulah dikatakan rezeki yang kadang kita tak pernah terfikir datang kepada kita dari berbagai cara. Alhamdulillah. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pemberi…

 

13 comments:

Umm AA said...

alaaa sedapnya na set lunch dr jiran sebelah..dr lepas makan pun terliur nengok nie...heheh

sud@is said...

haiii, untongnya ada jiran yang rajin2 menghulur juadah...

smRose said...

betullah kata ummuaidan, nasi beriani tu mengancam sungguh, baik btul jiran tu yer

nadia rashid said...

memang kena dengan baked vege tu...yummy!

SM79 said...

untung la sis.... sedapnya menu tgh tuh..... :)

yan's cottage said...

untung ada jiran baik hati siap hantar makanan....kalau hari2 macam nie...bestkan...?

@na said...

ummuaidan, risau pulak takut ummu mengidam...hrp adik aidan tak meleleh air liur...hehe

@na said...

sud@is, Alhamdulillah, yg tk untung jiran sebelah tu la pulak...krn dpt jiran yg tak pandai masak mcm saya ni..hehe

@na said...

smRose, kesian pulak ummuaidan terliur..kan

@na said...

nadia rashid, kebetulan la pulak ada sayur yg sesuai utk "baked"..

@na said...

SM79, menu simple bg org tk reti su...hehe

@na said...

yan's cottage, Alhamdulillah...betui tu, kalau dapat hari2 mcm tu tak berkembang la bakat masak saya...hehe

GO GREEN said...

hmm..terasa nak berjiran kat sana lah! (dgn harapan dpt free lunch.. hehe..)