Ciwi ni loghat uatara. Kalau bahasa “kodiang” excited. Mau
tak ciwi…akardani dah berbunga. Sungguh meriah bunganya. Dah jenguk keluar
pagar pulak tu. Merambu-rambu.
Subhanallah. Cantik sungguh ciptaanNYA. Dah la cantik wangi
pulak tu! Memang excited dibuatnya.
Kat bawah ni bunga akardani (rangoon creeper) yang pertama….
bunga akardani ni sungguh wangi
Akardani ni pokok berkayu. Saiz sederhana dan jenis
memanjat. Sesuai utk pergola. Pokok ni mudah tanam dan senang jaga. Tapi manja
sikit banding dengan pokok lain. Tak boleh kering langsung. Layu. Suka banyak
air. Tetapi mudah berbunga sekiranya mendapat cukup cahaya matahari.
bunga akardani baru berputik
Bestnya pokok ni, tahan fungus dan kurang diserang serangga
perosak. Nampaknya pokok ni paling senang dijaga dan tahan lasak.
Pada sapa-sapa yang tidak banyak masa boleh lah cuba
tanam pokok akardani sebagai hiasan laman. Percayalah. Anda tak akan kecewa.
10 comments:
Tumpang ciwi jugaklah tgk na nyer bunga2 yg cantik nie..hehe
lama betul tak dgr perkataan ciwi heheh..lebat jugak bunga akardani ni..tu yg cantik
cantikknya nama pokok ni pun 1st time dengar kat sini....tangan ana raksi dengan pokok-pokok..
1st time dengaq nama pokok ni... cantik rupanya.... setanding dgn namanya... :)
Salam @na..Lynn pun ada rangoon creepers ni,mmg bunganya wangi, seakan2 Jasmine flower.. tp daunnya selalu kena belasah dgn belalang.. byk betul kat sini
ummuaidan, mmg ciwi la sbb 1st tgk bunga ni...
nadia rashid, hehe cute kan perkataan ciwi ni kan...
boleh tahan jgk lebatnye...pokok kecik lg ni...tp ciwi sggh la..
sud@is, bkn tgn raksi tp pokok tu yg ikut sunnahtullah...
formulanye: benih+tanah+air+matahari = tunas+pucuk+daun+bunga+buah n balik jd benih..
eh betui ke ni?
SM79, mmg cantik su...tu yg ciwi sgt ni
lynnhelite, mmg wangi kan lynn...nasib kat sini tk da belalang...
Post a Comment