Wednesday, June 19, 2013

Ini je yang dapat dituai dari “ladang”…


 
Tuaian semalam..

Pucuk ubi keledek, bunga telang, cili api dan pucuk cekur manis. Semuanya tu dijadikan ulam untuk makan malam. Cuma pucuk ubi yang dicelur, selebihnya dibuat ulam segar cicah sambal belacan. Sedap jugak.

 
Cekur kembali tumbuh setelah dormant beberapa bulan lepas

Sedikit protein bersama sayuran, serat dan warna semulajadi (hijau, biru dan merah dari cili api) sebagai sumber beta carotene. Cukup, untuk sajian ringkas kami.

 

8 comments:

smRose said...

pahit tk rasa pucuk keledek tu?

Umm AA said...

Bnyak jgk tu ana..ckuplah buat makan sehari dua kan..

Ibu Qistina said...

nak masak ape je tu @na?

@na said...

1. smRose;
tak pahit rose...lg sedap kalau dimasak lemak cili api....

2. ummuaidan;
utk sehari blh la ummu...tp syok tgk kt kebun ummu ada mcm2 jenis sayur...nk kena usaha gigih ni...hehehe

3. Ibu Qistina;
makan raw je tu...hehehe...tertunggu2 n3 baru ibu qistina ni...

Rini said...

kadang2 boleh konpius antara pucuk keledek dgn kangkung bila dh dimasakkan. hampir sama je rupanya.

@na said...

bagi saya pucuk keledek lagi sedap daripada kangkong...

yan's cottage said...

Alhamdulillah rezeki bila berbakti pd tanah...

@na said...

betul yan...syukur..Alhamdulillah ats nikmatNYA