Macam
tak percaya. Terkejut pun ada. Bila balik dari raya haji minggu lepas, nampak buah
tomatillo dah banyak
Ditanam dalam
dustbin terbuang, tak sangka pulak pokok tomatillo ni, besar!
Terkejut tu bukan
apa, sebab pokok tomatillo yang satu ni sangat susah nak ditanam. Semai
berbulan tak muncul-muncul. Ingat dah nak lupakan tanam tomatillo ni.
Tapi
rezeki melihat dan tanam sediri pokok tomatillo masih ada. Masa nak clear kan pasu-pasu semaian,
ternampak 2 pokok kecil terselit ditepi pasu (spt penah dicerita dalam post sebelum ni). Dibiarkan
besar, tapi satu pokok mati diserang bena putih dan tinggal lah yang satu ni.
Subur.
Teruja…
Tertunggu-tunggu
perkembangannya… keluar bunga pertama, gugur… tunggu lagi bunga kedua… gugur…dan
seterusnya.. Tapi akhirnya muncul jugak buah sulung...
Buah pertama dari
satu-satunya pokok yang berjaya hidup
Selepas
buah pertama, disusuli dengan bunga yang lebat…. Dan lepas ditinggalkan bercuti
ari tu, tengok dah makin lebat… Syukur… tak sabar rasanya, nak tuai dan nak
rasa tomatillo segar dari laman..
15 comments:
assalam Ana... akak pun teruja ni... mudah-mudahan banyak lagi hasilnya... tumpang seronok!
cantik bunga tomatillo yer
assalam ana..
wah menjadi jgk kan...baru first time sy tgk buahnya..nanti kalau mkn buat aper yg best,,
Salam @na,
Tumpang seronok tengok poko tomatillo segar bugar dan berhasil. Bunganya hampir sama ngan bunga bendi ya!
1. suka suka;
Wassalam k mar..mmg teruja la k mar sbb tk penah tgk seblum ni..hehehe
2. smRose;
bunga dia kembang sekejap je...pastu kuncup...
3. ummuaidan;
wassalam ummu, syukur...ingat mkn raw jer...
4. Ummu Madihah;
wassalam, betul la mak aji...cuma bunga bendi lebih besar...
salam @na....
buah nie..untuk buat apa ye...!!!pernah nampak jenis hidup meliar tu ke...?
wassalam yan, tomatillo ni bukan pokok liar, pokok ni jrg ditanam kt tempat kita...
Murah rezeki. Puaslah nak buat salsa nanti.
As Salam Ana...cantik kan buah dia...nmpk mcm lantern plak....:)
1. TukangKebun;
Syukur...ooo sesuai buat salsa ya...pasni blh cuba...tq Diana
2. Lynna Ghani;
Wassalam lina, mmg cantik lina...betul mcm tanglung...unik sgt
mcm bunga bendi!...pernah tanam tapi tak hidup...
cuma bunga bendi lebih besar...tp nadia bila dia dh mula hidup nmpk mcm ok plk...
rezeki Allah swt dalam berkebunkan....blogwalking,jemput follow blog saya ye...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/
Alhamdulillah...tima kasih sudi singgah. InsyaAllah..
Post a Comment