Tiga bulan lepas Negara kita dilanda
kemarau panjang. Cuaca di Alor Setar cukup panas dan kering, kadang tu cecah 40oC!!
Hinggakan, di sesetengah bandar air bersih terpaksa dicatu! Namun ada hikmah
disebaliknya… cuaca panas itu telah memberi tekanan kepada semua jenis pokok
berbunga mengerah seluruh potensi yang ada untuk mengeluarkan bunga lebat!!!
Percikan
akardani
Kita dapat lihat fenomena hebat ini
pada 2 minggu lepas…sakura berbunga lebat di seluruh bandaraya Alor Setar malah
diseluruh Malaysia!!! Kita seolah-olah berada di musim bunga…
Akardani pun tidak kurang hebatnya… Suka
pada cahaya matahari dan cuaca panas. Mempunyai kelebihan tersendiri, ia berbunga
sepanjang tahun., Juntaian bunganya yang sangat indah. Dan tambah istimewa bunga
akardani mengeluarkan bau cukup harum dan wangi…
Bunga
mula berputik
Kuntuman
muda
Mula
mengeluarkan percikan warna
Makin
anggun menawan
mula layu
bunga-bunga mula gugur satu demi satu....
Akardani jenis pokok besar/berkayu.
Terbayang-bayang, sekiranya ia ditanam berselang-selikan antara pokok “sakura”
mungkin impak terhadap landskap Bandar Alor Setar bertambah hebat. Cantik
sakura dan wangi akardani bergabung seiringan…. mempesonakan.
Wallahuallam.
5 comments:
Wah lebatnya bunga akar dani tu, bestnya tengok :)
ni terasa nak beli akar dani ni
Kak ni duk teruja tunggu bila lah akardani kat rumah nak berbunga. Pokok bukan main subur ha..tapi bunga tak muncul2 juga..
1. Julie M;
akardani mmg cntik...wangi plk tu...t/kasih sudi singgah
2. nadia rashid;
tanam la nadia...senang hidup...dan mudah bebunga
3. Normala Saad;
mungkin akardani akak dok bwh redup kot...sbb pokok saya sebelum ni pun tk bebunga..lps alih tgh panas baru la bebunga macam ni...kak cuba ubah tmpt panas..
assalamualaikum,
ada benih akardani tak? kalau ada, saya nak beli.. ;-)
Post a Comment