Tuesday, April 15, 2014

Akardani di laman pun tak mahu KALAH!



Tiga bulan lepas Negara kita dilanda kemarau panjang. Cuaca di Alor Setar cukup panas dan kering, kadang tu cecah 40oC!! Hinggakan, di sesetengah bandar air bersih terpaksa dicatu! Namun ada hikmah disebaliknya… cuaca panas itu telah memberi tekanan kepada semua jenis pokok berbunga mengerah seluruh potensi yang ada untuk mengeluarkan bunga lebat!!!

Percikan akardani

Kita dapat lihat fenomena hebat ini pada 2 minggu lepas…sakura berbunga lebat di seluruh bandaraya Alor Setar malah diseluruh Malaysia!!! Kita seolah-olah berada di musim bunga…

Akardani pun tidak kurang hebatnya… Suka pada cahaya matahari dan cuaca panas. Mempunyai kelebihan tersendiri, ia berbunga sepanjang tahun., Juntaian bunganya yang sangat indah. Dan tambah istimewa bunga akardani mengeluarkan bau cukup harum dan wangi…

Bunga mula berputik

Kuntuman muda

Mula mengeluarkan percikan warna

 Makin anggun menawan

mula layu

bunga-bunga mula gugur satu demi satu....

Akardani jenis pokok besar/berkayu. Terbayang-bayang, sekiranya ia ditanam berselang-selikan antara pokok “sakura” mungkin impak terhadap landskap Bandar Alor Setar bertambah hebat. Cantik sakura dan wangi akardani bergabung seiringan…. mempesonakan.

Wallahuallam.


5 comments:

Julie22 said...

Wah lebatnya bunga akar dani tu, bestnya tengok :)

nadia rashid said...

ni terasa nak beli akar dani ni

Normala Saad said...

Kak ni duk teruja tunggu bila lah akardani kat rumah nak berbunga. Pokok bukan main subur ha..tapi bunga tak muncul2 juga..

@na said...

1. Julie M;
akardani mmg cntik...wangi plk tu...t/kasih sudi singgah

2. nadia rashid;
tanam la nadia...senang hidup...dan mudah bebunga

3. Normala Saad;
mungkin akardani akak dok bwh redup kot...sbb pokok saya sebelum ni pun tk bebunga..lps alih tgh panas baru la bebunga macam ni...kak cuba ubah tmpt panas..

Dilah Naim said...

assalamualaikum,
ada benih akardani tak? kalau ada, saya nak beli.. ;-)