Thursday, March 14, 2013

Terung butter grilled?


Ingat nak diet. Balik keja petang tadi plan tak mahu masak lah...konon. Macam dah kenyang makan kuih. Kiranya, malam tak mau makan heavy la.. Lagi pun stok bahan masak utk seminggu dah tinggal serdak-serdak je lagi. Esok baru nak ke pasar beli stok mingguan.

Tapi disebabkan the other half tu insists nak makan nasi jugak…failed plan nak diet ni..Perut Melayu tu Melayu jugak. Nasi, nasi, nasi…hehe

Jadi, kena lah masak..

Selongkar peti ais.. Bahan protin tak ada masalah, masih ada.. Tapi sayur? Sayur susah sikit, nak stok lama-lama.. Terfikir pulak, alangkah bagusnye kalau sawi dan bayam Malabar kat laman tu kalau dah boleh tuai... Solve problem.

Selongkar punya selongkar jumpa lah 2 biji terung. The only sayur yang ada. Terung di antara sayur yang boleh bertahan lama. Masih kelihatan segar, walau pun seminggu kat fridge!

Terung yang tuai kat pasar jumaat lepas

Jadi potong-potong dan perap sekejap. Masukkan ke dalam grilled pan. Grill bersama butter, biarkan atas dapur hingga berbau wangi, agak-agak dalam 5 – 7 minit.


masak ringkas terung grill dgn butter – masih ke atas dapur 
nota: terung gril ni boleh tahan jgk sedapnye - terasa benar manis semulajadinya
Terung adalah jenis sayuran palpa (pulp) yang sangat sedap. Mudah dimasak. Dan boleh disimpan agak lama berbanding sayuran berdaun. 

Ia bukan saja sedap TETAPI amat berkhasiat. Ia dipercayai dapat menghindar kerosakan saluran darah dan mengawal tekanan darah tinggi.


11 comments:

Awin said...

terbaekkk! boleh tiru :)

yan's cottage said...

boleh cuba nanti he heee....

@na said...

zam, boleh2...hehe, terung ni senang dan cepat dimasak..hehe

@na said...

yan, ok jgk rasa dia...sbb saya tk pandai masak sgt;;hehe

TukangKebun said...

Nampak ringkas dan sedap.

@na said...

Diana, tahu msk ringkas2 je, selain dr faktor masa satu lg faktor utama...sbb tak tak pandai masak..hehe

GO GREEN said...

oho..yg ini mmg sesuai sgt utk Lynn! (hm...tp terung yg ditanam di Subang ni asyik berbunga jer, buahnya takda pun)

@na said...

hahaha....lynn baik u pi beli terung kat tesco/pasar lg cpt...tp mk sure rendam lama sikit...hehe

RIZZNA said...

wahhhh, boleh try ni...

Ummu Madihah said...

Salam @na,

boleh cuba ni, mudah dan tentu sedap. Br semalam tengok kat Guy's Big Bite, dia belah dua secara memanjang, korek sikit isi terung, boh salt n pepper, roast dlm oven beberapa minit pastu buat filling udang, daun ketumbar, salt n pepper (x ingat semua bahannya) bubuh dlm 'bot' tu, boh dlm oven balik, memang nampak sedap!!

Unknown said...

wah...nak tiruu lah..mcm best je :)