Ingat nak
diet. Balik keja petang tadi plan tak mahu masak lah...konon. Macam dah kenyang makan
kuih. Kiranya, malam tak mau makan heavy la.. Lagi pun stok bahan masak utk
seminggu dah tinggal serdak-serdak je lagi. Esok baru nak ke pasar beli stok mingguan.
Tapi disebabkan the
other half tu insists nak makan nasi jugak…failed plan nak diet ni..Perut
Melayu tu Melayu jugak. Nasi, nasi, nasi…hehe
Jadi, kena lah
masak..
Selongkar peti
ais.. Bahan protin tak ada masalah, masih ada.. Tapi sayur? Sayur susah sikit, nak stok
lama-lama.. Terfikir pulak, alangkah bagusnye kalau sawi dan bayam Malabar kat
laman tu kalau dah boleh tuai... Solve problem.
Selongkar
punya selongkar jumpa lah 2 biji terung. The only sayur yang ada. Terung di
antara sayur yang boleh bertahan lama. Masih kelihatan segar, walau pun
seminggu kat fridge!
Terung yang tuai kat
pasar jumaat lepas
Jadi
potong-potong dan perap sekejap. Masukkan ke dalam grilled pan. Grill bersama
butter, biarkan atas dapur hingga berbau wangi, agak-agak dalam 5 – 7 minit.
masak ringkas terung grill dgn butter – masih ke atas dapur
nota: terung gril ni boleh tahan jgk sedapnye - terasa benar manis semulajadinya
nota: terung gril ni boleh tahan jgk sedapnye - terasa benar manis semulajadinya
Terung adalah
jenis sayuran palpa (pulp) yang sangat sedap. Mudah dimasak. Dan boleh disimpan agak lama berbanding
sayuran berdaun.
Ia bukan saja sedap TETAPI amat berkhasiat. Ia dipercayai dapat menghindar kerosakan saluran darah dan mengawal tekanan darah tinggi.
Ia bukan saja sedap TETAPI amat berkhasiat. Ia dipercayai dapat menghindar kerosakan saluran darah dan mengawal tekanan darah tinggi.
11 comments:
terbaekkk! boleh tiru :)
boleh cuba nanti he heee....
zam, boleh2...hehe, terung ni senang dan cepat dimasak..hehe
yan, ok jgk rasa dia...sbb saya tk pandai masak sgt;;hehe
Nampak ringkas dan sedap.
Diana, tahu msk ringkas2 je, selain dr faktor masa satu lg faktor utama...sbb tak tak pandai masak..hehe
oho..yg ini mmg sesuai sgt utk Lynn! (hm...tp terung yg ditanam di Subang ni asyik berbunga jer, buahnya takda pun)
hahaha....lynn baik u pi beli terung kat tesco/pasar lg cpt...tp mk sure rendam lama sikit...hehe
wahhhh, boleh try ni...
Salam @na,
boleh cuba ni, mudah dan tentu sedap. Br semalam tengok kat Guy's Big Bite, dia belah dua secara memanjang, korek sikit isi terung, boh salt n pepper, roast dlm oven beberapa minit pastu buat filling udang, daun ketumbar, salt n pepper (x ingat semua bahannya) bubuh dlm 'bot' tu, boh dlm oven balik, memang nampak sedap!!
wah...nak tiruu lah..mcm best je :)
Post a Comment