Dari
pintu dapur ternampak burung-burung berkerumun atas pagar belakang rumah.. Apa
yang ada atas pagar tu?? Macam tertanya-tanya lah pulak. Sebab, sebelum ni tak
perasan pun banyak burung singgah kat situ.
Minggu
lepas minta pak ya (pak cik yg selalu
mesin rumput kat rumah kami) racun semak samun di backyard ni. Selepas
seminggu, daun-daun pokok-pokok menjalar semuanya kering, barulah nampak buah
bergayut-gayut atas pagar tu.
Itu buah2 nya…tak
boleh closeup sebab tinggi sangat
Pokok
ni berbuah rupanya..
Tak
pernah tengok sebelum ni. Jadi, cuba-cuba cari pokok tu di sekitar kawasan
backyard ni. Jumpalah pokok yang masih kecik kat bawah sedang berbuah. Masih
muda. Buahnya seakan timun.
Timun liar ke ni?
Kata
orang kalau buah-buahan dimakan burung bermakna ia tak beracun. Agak-agak boleh
ke buah ni dimakan?
11 comments:
Selalu jgk nmpk pokok ni kat tepi2 pgar..tp sy pun x tau apa nama buah ni...nmpk mmg cntik..teringin nk tnm dpn umh...mcm timun tikus ja...
salam.
tengok rupa, rasanya timun tikus tu. mase kecik2 rajin petik buahnya buat main masak2 :)
mcm tembikai versi mini..a'ah kalau haiwan mkn..makna nya selamat utk dimakan
pokok timun kecil nie..memang tumbuh meliar bunga dia putih kan...?
kat pagar kami pun ade gini na..mmg timun liar kot..kami tak pernah amek makan pun..takut...rsnya tak sedap pun kot...
Org Thai buat ulam ni! Kami Panggil Ivy Gourd or Thum Lung. Saintifiknya Coccinia Grandis. Di Thailand ada dicampur dlm sup.
Kalau dah kena meracun mmm...takut dah nak petik ambil makan. Timun tikuskah itu?
Kalau ikut Wikipedia, ni pepasan.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pepasan
Saya selalu makan buat ulam di rumah. Ganti timun yang besar. Sedap dan rangup jika dimakan muda.
1. hitomi lavender;
pokok dia mmg cantik, tapi kena selalu trim kot...cepat sgt dia menjalar..
2. eithusa;
ooo eithusa penah tgk ya pokok ni...saya tak penah tgk sebelum ni.
3. nadia rashid;
tapi nadia, tk confident pulak nak makan..hehehe
4. yan's cottage;
betul2...bunga dia putih..yan penah tgk pokok ni ya? Mmg org mkn ke buah dia?
5. ummu aidan;
ooo mmg pokok timun liar la ni...
6. lynnhelite;
tq lynn...cantik nama buah ni ivy gourd...lynn penah mkn tak buah ni?
7. Tukang Kebun;
tak pasti lah diana..sbb saya ak penah tgk sebelum ni...
8. kebun bandar;
tima kasih...ooo boleh dibuat ulam rupanya...
can can, can be eaten. rumah i ada tanam! we always stir fry it
ooo really?...tq2 so bukan pokok liar...
Post a Comment