Gotu
kola.
Ulam
kegemaran. Terutama jenis gotu kola/pegaga kampong. Dah banyak kali cuba
tanam sendiri kat laman…tapi masih gagal.
Walau
bagaimana pun, cubaan menanam akan diteruskan. Tidak akan jemu
Setiap
kali jumpa je pegaga yang ada akar, mesti akan cuba ditanam. Tapi sayang, hingga
ke hari ini masih belum berjaya. Tak pernah hidup apalagi nak menuai hasilnya!
Susahnya
hidup pegaga ni… Cuba
jugak cari seeds pegaga disekitar alor setar ni tapi belum dapat.
Tapi,
semalam mungkin rezeki kot…
Masa
makan tengahari di restoran selera kampong., ternampak ada ulam pegaga kampong
ketot-ketot (tak subur sangat
pokoknya) bersama akarnya sekali. Dah, harapan menanam pegaga, berbunga
kembali. So, ambik pegaga lebih sikit sebagai ulam. Sebahagiannya bungkus dalam
tisu, bawa balik (dah bayar termasuk
kos ulaman). Nak tanam.
Benih pegaga
kampong…dibungkus dalam tisu lembap.
Petang
semalam cuba
lagi tanam pegaga dalam pasu. Tak tahu lah ini percubaan kali ke berapa??
Hanya mampu membayangkan pegaga ni hidup subur
Mungkin
ada rakan bloggers budiman yang boleh bagi tips tentang tanaman pegaga ni…harap
bagi tunjuk ajar…
14 comments:
saya tanam pun belum berjaya. dah hepi dengan pegaga gajah jadi tidaklah tanam sangat pegaga kampung
sama lah @na...sy pun tak berjaya lagi nih..suka jugak mkn pegaga n..buat ulam..nampaknya nak bela pegaga kampong ni lg susah dr kesom...
saya makan ulam kg pun dari ehsan jiran je ana pegaga, kaduk dn mcm lg...kdg2 kerabu pun jiran hulur..hehehe,,bila la nak mai smgt menanam mcm ana taktau
don't give up yer na..sy tak pernah tanam pegaga lg wpun ka cuba sgt..:)
don't give up yer na..sy tak pernah tanam pegaga lg wpun ka cuba sgt..:)
Saya baru sahaja tanam pegaga 3 hari lepas. Alhamduillah sudah nampak tunasnya keluar.
Untuk tanaman sulur begini, puan kena buang daun atasnya. Biarkan 4-6 cm dari akar sahaja. Kemudian tanam bahagian akar dan biarkan batang 3-5 cm.
Kemudian puan letak baja NPK hijau (15:15:15) 5 cm jauh dari pegaga yang ditanam tadi. Jumlah dalam satu sudu teh.
Nanti batang pokok pegaga akan terbelah dua dan muncul tunas baru dicelah itu.
sy tak berjaya lagi dan tak boleh nk bg tips...kesian kat sy
sy punya pegaga lepas tanam kat tanah, hidup sendiri je. apa yg sy nampak, pegaga hidup subur kat kwsn yg redup. try letak kat kwsn terlindung dari panas terik dan pastikan tanah x kering.
1. zamzurina zulkafli;
pegaga gajah lebih senang idup ya?...pas ni kena try tanam jugak lah, zam
2. nadia rashid;
susah benar hidup pegaga kampung ni...kalau kat kg tu merayap rata pokok pegaga ni...sampai org tak pandang pun..hehe
3. sud@is;
hahaha...kalu mcm tu tak pyh susah2 tanam...utg berjiran dgn org derwawan...
4. ummuaidan;
hrp2 mcm tu la ummu...InshaAllah akn terus cuba..
5. Kebun Bandar;
tima kasih byk2 atas kesudian tuan singgah di sini memberi nasihat dan tips yang begitu terperinci ttg penanaman pegaga ni...saya akan cuba dan hrp tips ini jgk boleh dimanfaatkan oleh semua yg berhasrat menanam pegaga. Tima kasih terhingga saya ucapkan sekali lagi dan saya harap tuan sentiasa sudi singgah memberi tips berkebun yg betul...
6. smRose;
tak pa ros, kita sama2 cuba tips yg diberi Kebun Bandar. InsyaAllah berjaya..
7. Rini;
Tu la yg heran ni rini, kat kg pegaga naik merata-rata. mcm senang je idup. Lps ni akn cuba alih pasu tu kat bwh redup..Tima kasih rini
kat rumah yan tumbuh meliar je...tak payah tanam pun...
tu la ingat pokok pegaga senang je idup, tapi tanam kat rumah tak menjadi plk. Rasa macam nak pi je rumah yan, pi ambik buat benih...hehehe
Saya setuju dengan pendapat yang lain bahawa pegaga tanaman yang hidup di tempat redup. Tapi bukanlah tempat berair. Nanti akar pegaga tenggelam dan lemas dengan air yang berlebihan. Sebolehnya tempat lembab dengan tiada air yang bertakung.
Memang susah tanam pokok pegaga kg... sedap di makan x semudah ditanam... saya ada beli pokoknya dikedai pokok... itu pon masih mcm mati dan x hidup ajer... saya harap dia hidup kembali...
Semlm saya cuba tanam lepas beli kat pasar mlm chow kitt
Post a Comment