Banyak
kali jugak cuba
tanam keledek. Dan banyak kali jugak gagal. Pertama kali dapat keratan batang keledek
dari auntie rosie (jiran tionghua dari taman bersebelahan). Tanam atas tanah.
Gagal!
Pastu
cuba
tanam terus dari ubi…gagal jugak…(mungkin
tak sabar tunggu tak tumbuh-tumbuh, hehehe)
Cubaan
terbaru 3 bulan lepas, tanam 2 jenis ubi (timbus
terus dalam tanah)
dalam bekas polystyrenes. Nampak macam berjaya. Tengah mantau perkembangan.
Dalam
pada tu, dok google jugak cara tanam keledek yang betul. Jumpa lah kaedah ni.
Mungkin
rakan bloggers dah lama cuba
teknik semaian ni… pada yang belum try boleh dicuba…tak susah sangat.
Melalui
kaedah ni, katanya keledek lebih mudah hidup dan cepat berisi.
Jom
kita ber-eksperimen teknik semaian ni:
Step 1:
Potong
ubi kepada 2 bahagian. Pas tu letakkan ke dalam bekas berisi air. Dan potong
sedikit pada bahagian hujung ubi tersebut supaya cepat bertunas.
Tapi
sengaja tak dipotong bahagian hujung yang satu lagi. Saja nak tengok
perbandingan kadar pertumbuhannya. Lebih kurang seminggu, tunas dah mula keluar
dari bahagian atasnya. Cuba
lihat pada ubi disebelah kiri, sudah bertunas dan tidak pada bahagian sebelah
kanan (lambat). Jadi, terbuktilah tu!
Tunas selepas 11 hari
Step 2:
Apabila
tunas tu dah berdaun, “peel” bahagian yang bertunas dan masukkan ke dalam bekas
berisi air. Biarkan lebih kurang seminggu, didapati akar mula keluar daripada
kulit ubi yang di peel tadi.
Tunas-tunas yang di “peel”
dari bahagian isi ubi (peel saja tapi yang ni saja tunjukkan potongan bahagian
tunas tu)
Rendam tunas-tunas
tersebut dalam bekas berisi air dan biarkan hingga berakar
Step 3:
Selepas
seminggu diletakkan dalam bekas berisi air tunus tersebut mula berakar
sepenuhnya dan sedia untuk ditanam. Tapi sebagai eksperimen, sengaja tanam
dalam pasu untuk melihat perkembangan seterusnya.
Tunas yang berakar dalam
masa 7 hari
Tunas keledek telah
dipindahkan ke dalam pasu
Tips: BAGAIMANA mendapatkan bentuk ubi YANG lebih BULAT
Selain dari kaedah
semaian di atas, tips juga turut diberi bagi mendapatkan ubi berbentuk lebih
bulat. Caranya SANGAT MUDAH, iaitu dengan mengekalkan kelembapan tanah, bermakna
pokok keledek hanya perlu sentiasa disiram. Apabila tanah sentiasa lembab, akar
keledek tidak akan perlu bergerak lebih panjang untuk mendapatkan air. Maka
jadi ia lebih montok! Wallahuallam.
Jom
sama-sama kita cuba !
15 comments:
Bagus teknik ni, sy dah lama berangan nak tanam keledek, nak tirulah...hehehe
try la rose...tk susah sangat...ok cayok..
nampak cepat & mudah caranya ana..cuma kena guna bekas besar & dalam sikitlah kan utk dapat lebih ubi kan nanti.yer dak?
Kalau guna teknik rendaman air ni, pastikan air kena tukar setiap hari. Takut nanti keratan pokok atau ubi kena jangkitan penyakit.
Cara gini bagus kan..tak rugi ubi tu..cantas je Bahagian yg bertunas..yg lain still boleh makan....sy punya Dah merebak merata2... Tak pasti bila boleh korek ubi
tq kongsi tips nie...bila2 nanti bolehlah cuba he heee....
1. ummuaidan;
mmg mudah dan senang...try dlm bekas kecik dulu, tgk mcm mana, pasni akan pindah ke bks lebih besar...
2. Kebun Bandar;
oooo ya...tima kasih kongsi tips berguna ni. Bukan saja kena jangkitan air rendaman tu jgk akan berbau kan.
3. nadia rashid;
bestnya, kalau dah mcm tu, nadia tunggu masa je lg tu...tk lama lg boleh korek tu..
4. yan's cottage;
mudah kan kaedah ni...blh try la yan.
ana...brilliant!
assalam.. terima kasih atas info.. akan dicuba pada ubi yang lain juga.. apa salahnya melalui trial & error..
5. zamzurina zulkafli;
zam, cuma berkongsi info, hrp ia bermanfaat.
6. suka suka;
elok la tu k mar, nnti jgn lupa kongsi result tu, k
Seronok tengok macam-macam teknik menanam keledek.
@Tukang Kebun;
ni yg buat kebun kita lebih meriah kan diana...hehehe
Teknik yg mudah diikuti. Terima kasih infonya.
Terima kasih atas perkongsian.
Terima kasih atas perkongsian.
Post a Comment