Thursday, April 25, 2013

Sehari sebiji mulberry


 
Memandangkan mulberry dah mula berbuah, sasaran minimum sehari sebiji mulberry.(sehingga stok buah masih ada), tercapai kot.

InsyaAllah.

Selepas pokok mulberi digondolkan bulan lepas, tunas-tunas baru segera muncul. Dan setiap tunas disusuli dengan buah-buah muda. Tapi tidak lebat sangat. Saiznya pun kecik-kecik. Mungkin ini peringkat percubaan pengeluaran buah pertama.

Seronok tengok pokok mulberry sudah mula berbuah
 
Buahnya tidak masak serentak. Ranum-nya berperingkat. Jadi tiap hari dapatlah kutip 1-3 biji. Buah yang betul-betul masak berwarna merah kehitaman. Sudah tentu banyak kandungan beta-karotin, kan?

9 biji buah mulberry - tuaian pertama

 Sungguh nikmat dapat merasai mulberry di laman sendiri. Di samping kepuasan berkebun, juga terselit peringatan kepada kebesaran dan kehebatan Yang Maha Pencipta.

Tabarakallah.
 

12 comments:

Umm AA said...

Salam ana..bestnya dapat petik & makan mulberi dr laman sendir...oklah tuh sebiji sehari kan...:)

smRose said...

rendang pokoknya tu

Unknown said...

Saya masih tak dapat tanam mulberi lagi kerana di rumah aparment tak tercapai impian tanam pokok. Setakat ini dapat berkebun hanya dengan sayur.

Cuma tertanya, buah mulberi rasa apa ya? Manis atau masam bila masak?

GO GREEN said...

Ana..blh kerat dan jual kat lynn?

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Bila dah banyak nanti kena tambah kuota sebiji sehari ke 3 biji sehari, he he!

Nudabuffy said...

Best tu dapat kutip walaupun sebiji.. Kat lab ada budak-budak buat research tanam mulberi tapi habis kena cabut dengan monyet

nadia rashid said...

Semangat pulak tgk mulberry awk ni...sy punya br belajar berputik

yan's cottage said...

Alhamdulillah....ada juga rezeki...yan pun tengah tunggu buah mulberry yan masak nie....

p/s @na jengah lah blog yan permata hati mama kat sana banyak cerita tentang tanaman nie....

Ibu Qistina said...

besarnye pokok mulberi,buah pun banyak. dah berapa usia pokok ni,tinggi nampak.

@na said...

1. ummuaidan;
salam ummu, syukur...mmg best rasa berharga sesangat...buah mula ummu hrp lps target lebih sikit kot..hehehe

2. smRose;
tanam 2 pokok, 1 dlm pasu dan yg ats tanah...yg dlm pasu tu tk besar-besar pun!

3. Kebun Bandar;
Boleh tanam dlm pasu kot...Rasa mulberry masak seakan strawberry masam2 manis...tp lebih sedap.

4. lynnhelite;
boleh2...nnti sy hntr sekali dgn seeds ivy gourd tu, k

5. Ummu Madihah;
salam mak aji, mudah-mudahan mulberi berbuah lebat...nnti bolehlah tambah kouta..hehehe

6. Nudabuffy;
betul nurul...syukur w'pun sebiji sehari..

7. nadia rashid;
ok tu nadia, org kata kalu selalu trim mulberi berbuah lg lebat...

8. yan's cottage;
oo ye ke, InsyaAllah2...tima kasih yan

9. Ibu Qistina;
dah 2 tahun lebih, tapi yg tanam dlm pasu, sama umur tp tak besar2 pun. Tk cukup nutrien kot.

Syam Syahlany LUMUT, Perak said...

dulu sya rajin trim pokok mulberry saya tu. lama2 dia jadi x cantik. apa kata kalau saya cadangkan puan petik daun tua sahaja. biarkan pokoknya meninggi dan bertunas baru. lagi cun. itulah yang saya buat sekarang.

Unknown said...

Mohon info untuk mulberry putih, utamanya benih nya
Hp. 081322491945 Anwar