Monday, June 3, 2013

Cat repellent cum racun organik – DIY


Bukan saja bena putih, fungus dan serangga perosak, kucing juga di antara ancaman besar kepada tanaman kebun di laman rumah. Walau pun kita tak bela kucing, tapi kalau dah jiran membelanya sama saja lah. Kucing mana kenal boundary kan? Sabo je la..

Masalah kucing ni macam tak berkesudahan…makin hari makin banyak koloninya.. “melepas” merata-rata. Yang paling tak tahan, pasu semaian dan pasu tanaman dijadikan jambannya! Busuk tak payah nak cakap lah! Tension..dibuatnya. Kucing memanglah tak salah, nama pun kucing mana dia boleh fikir!..

Bermacam cara telah dicuba bagi mengatasi masalah ni. Sembur laman dengan ridsect, sembur dengan febreeze pun pernah. Tapi tak berkesan.

Harap bau dari semburan cecair ini di sekeliling kawasan tanaman, mampu menjauhkan kucing-kucing tu daripada “beroperasi” di laman.

Jadi cuba tanya pak cik gugel, dapat cara ni. Selain boleh menghalau kucing-kucing, ia jugak boleh disembur kepada sayuran sebagai racun organik untuk mengatasi masalah serangan serangga perosak.

Bahan yang disarankan dengan sedikit tambahan:

1 botol cuka, 5-7 biji limau purut, 20 biji cili api, 1 liter air dan 1 sudu besar serbuk pencuci. Kisar semua bahan-bahan tersebut hingga halus dan tapis. Simpan cecair beracun ni dalam bekas yang selamat. Semasa hendak menggunakannya tuangkan ke dalam botol penyembur.

Antara bahan yang digunakan dalam membuat cecair penghalau kucing!

 
Ia sangat mudah dan murah. Tambahan pula limau purut dan cili api tu boleh didapati dari kebun sendiri.
 
Sempat snap salah seekor daripadanya..ni boleh dijadikan bahan bukti…kot..


Kepada sesiapa ada cara yang lebih berkesan tolong kongsi di sini dan boleh dipanjangkan kepada semua.. terima kasih

 

15 comments:

suka suka said...

assalam ana... akak nak kena round pasar malam baru dapat limau purut ni..nantila cuba cari..

Umm AA said...

salam ana,
cara nie kira yg terbaek yer..kucing dah brenti beroperasi ke still dtg...?

@na said...

1. suka suka;
salam k mar, kesiannye, susah ke nak dapat limau purut kat tempat k mar ni?

2. ummuaidan;
salam ummu, baru cuba minggu lepas..buat masa ni masih selamat lah lagi dari operasi mereka tu...tp selalu lah kena spray bagi bau cecair sentiasa ada...

olive said...

i really do hope this work. really a gd recipi v can easily get all ingredients fr garden except d cuka. i try to spray gabbage enzyme n cili water solution. still the cat cum.hmm..sometimes lidi kecil works for me. sometimes the cats jz ignose d lidi tat i put there. they still poo there in spite of kehadiran lidi. tension kan

olive said...

i really do hope this work. really a gd recipi v can easily get all ingredients fr garden except d cuka. i try to spray gabbage enzyme n cili water solution. still the cat cum.hmm..sometimes lidi kecil works for me. sometimes the cats jz ignose d lidi tat i put there. they still poo there in spite of kehadiran lidi. tension kan

@na said...

yaaaa....la olive....really tension! hope u cn try this, hopefully it works...

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Mak Aji kena cari limau purut kat pasar pagi baru ada. Yg lain ada, bolehlah dicuba nanti! Kucing setakat ni poo poo takdelah tp baru Sabtu lepas muntah kat porch, haisy!!

@na said...

salam mak aji, kucing ni binatang manja dan comei...tapi poo sana sini tu yg tak tahan...pasu2 terpaksa kena tutup dgn jaring tk bagi kucing2 tu buat biz...tension la mak aji

amalsweetmoment said...

Salam nak tya,, kalu serbuk pencuci x dak, cecair pencuci boleh dak, cecair racun tu kena spray kat pokok atau kawasan sekeliling tanaman. satu lagi cecair yg dah ditapis seeloknya disimpan dimana sebelum guna.. Tkasih.

TukangKebun said...

Oh kucing ni tabiat dia kalau nampak tanah kosong memang suka gali melepaskan.

@na said...

1. Amal hayati;
salam. Boleh, serbuk pencuci cuma utk melancarkan semburan. Cecair saya sembur sekeliling kawasan tanaman supaya tidak didekati oleh si meow2 tu.. Simpan tempat yg tak boleh dicapai kanak2...tp ia tak berbahaya sgt, cuma pedas dan masam...dan bau nye tu buat kucing tak suka...

2. Tukang Kebun;
masalahnye Diana, bukan pasu kosong je, tp yang berpokok pun dia tenggek jgk...tu buat kita frust...kalau tk melepas pun dia akan tidur atas pokok shrubs dalam pasu-pasu tu...balik keja tgk pokok dah ranap...sedih gak la...

Unknown said...

salam, akak. Memang menjadi ek guna racun organik utk bena? sbb saya pernah buat dan sembur byk kali tp bena tetap ada sampai pokok saya pun dah terkulai layu..huhu

Unknown said...

salam..berkesan ke puan..depan rumah sy dah jadi port kucing tue..geram jer..

Unknown said...

Masalah yang sama puan dalam pasu pun dia nak membuang.sakit hati betul

Unknown said...

Campak timun cincang aja di kawasan tu
Pastu tak datang datang dah.