Mahukan
sayuran segar, organik dan bebas racun antara sebab mengapa kita berkebun!
Di mana,
daun bawang di antara sayur yang sering diguna dalam masakan harian. Jadi cuba
nak tanam sendiri.
Syukur,
dapat info macam mana nak tanam dari Kebun Bandar.
Try
dengan lima
biji bawang besar sebagai eksperimen pertama. Sebagaimana yang disarankan oleh
Kebun Bandar, potong lebih kurang 1/3 dari bahagian atas bawang, kemudian tanam
dan ratakan tanah separas dengan permukaan bawang tersebut, seperti gambar kat
bawah ni:
Semaian pada hari
pertama 2 April 2013
Selepas
seminggu, ternampak lingkaran putih pada salah satu semaian bawang tersebut. Tidak
lah ketara sangat.
Tetapi
selepas lebih kurang sebulan masalah itu makin jelas. Ada semacam fungus/jangkitan sedang menyerang
seluruh permukaannya.
Macam lambat jugak
pertumbuhan bawang ni (atau tak kena cara?)
Bawang yang kena jangkitan!
Adakah fungus
ini akan berjangkit? Bolehkah guna racun biasa?
Nasihat dan
tips dari semua rakan bloggers amat dialu-alukan.. budi baik semua didahulukan
dengan ucapan jutaan terima kasih..
12 comments:
assalam @na.. akak tunggu bawang berakar dan tumbuh daun dalam peti ais.. lepas tu baru semai..
salam k mar; oooo ye ke...saya dah trsilap ni..tqvm
geli tgk yg kne jangkitan tu..td pagi pun heran dgn tanah semaian sy jd putih..mcm kena tabur serbuk gitu..geli tengok
Salam @na,
Mak Aji pernah tanam bawang lama dulu tapi tunggu sampai dia tumbuh sendiri baru tanam, tp x lama lepas tu mati, agak2 sbb siram air banyak sangat kut. Yang putih2 macam fungus ni x taulah ya??
salam ana..
pernah semai guna benih..cara nie lum try gak lagi..agaknya senang cr kak mar ckp tuh kan..
Salam @na,
saya pernah jugak try tanam tp dari bawang yang dah tumbuh daun. Mula rancak tak lama lepas tu mati jugak saya suspek sbb terlebih kene air.
Tiada masalah. Biasa berlaku jika bebawang tidak direndam dengan thiram (racun kulat). Pastikan siram air mencukupi dan tidak lebih. Insya-Allah bawang tersebut akan bertahan. Selalunya serangan kulat hanya di luar sahaja. Jika bawang masih tidak mengeluarkan tunas, tandanya dalam sudah terkena serangan kulat.
Teknik yang saya syorkan adalah untuk pertumbuhan yang cepat dan diamalkan di ladang-ladang komersial. Perlu tahu bawang tidak boleh hidup di tempat bertakung air. Pastikan saliran air di pasu baik untuk bawang tumbuh subur.
Oh ya. Jangan lupa berikan baja juga untuk pokok bawang tumbuh subur.
*lupa pula. Perlu ditanam sampai tak nampak bebawang. Tak terlalu dalam tak terlalu terdedah. Sekadar menutup lapisan yang terdedah. Jika biarkan ia terdedah meningkat peratus ia diserang kulat.
@na...nie semaian untuk dapatkan bawang atau daunnya....
1. nadia rashid;
mmg pun, tgk dekat2 lg geli...fungus jenis apa ni tak tau la..
2. ummu madihah;
salam mak aji, tk penah try sebelum ni...ingatkan mudah tanam bawang...rupanya ia mudah dijangkiti kulat.
3.ummuaidan;
ingat cara ni lebih mudah...tapi tk semudah yg disangka rupanya ummu...hehehe pasni kena cari biji benih..
4.Ibu Qistina;
salam ibu qistina, rasanya kena tanam dgn biji benih lebih berkesan kan?
5. Kebun Bandar;
InsyaAllah, ini percubaan pertama, saya boleh belajar melalui kesilapan ini, lepas ni saya akan cuba lagi mengikut langkah betul seperti mana nasihat dan tips yg diberikan. Terima kasih banyak atas kesudian saudara singgah berkongsi ilmu di sini. hrp saudara jgn jemu2 berkongsi dgn kami semua. Moga Allah memberkati saudara.
6. yan's cottage;
hehehe yan, nak daunnya..
Salam dear, selalu saya tanam saya tak potong bawang tu. Bila bertunas masukkan dalam tanah bawang tu cuma dalam 1/2 ~ 2/3 bahagian bawang dalam tanah dan ada bahagian yang tersembul dari tanah. Kalau ditanam semua ke dalam tanah takut tak beranak-pinak bawangnya.
salam...
dr pengalaman saya, saya tanam dengan bawang tidak dihiris. saya letak sebiji-sebiji dalam tanah. Siram sekali sehari hanya tk lembabkan tanah. Jgn terlebih air. letak di tmpat teduh. 3 minggu daun dah boleh di potong dan dimakan. :)
Post a Comment