Kempen 3R. (Reduce, Reuse and
Recycle). 3 minggu lepas Larian Amal sempena kempen kitar semula diadakan
seluruh Negara. Tujuannya untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat dalam
menangani sisa buangan domestic dan industri Negara. Di samping itu, kempen ini
juga menggalakkan masyarakat menanam pokok bagi menghijaukan bumi untuk mengurangkan
masalah kepanasan global.
Bermacam cara kita boleh menyahut
dan menyumbang tenaga dalam menjayakan usaha ini.
Berkebun dilaman rumah juga di
antara salah satu usaha kecil yang boleh kita sumbang kepada usaha kitar semula…
Sebahagian botol air
mineral yang sempat digunakan semula…
Cili api krabi -
ditanam dalam polybag dari pembalut serbuk pencuci (benih pemberian rakan balik
dari sana )
Sawi dan garland
dalam keratan sebahagian botol air mineral 1.5 liter
Bahan buangan terutamanya
dari botol-botol mineral, botol minyak
masak, bekas plastic pembalut serbuk pencuci, pembalut plastic beras dan
tin-tin biskut boleh digunakan semula sebagai bekas untuk menanam pokok bunga
dan sayur-sayuran. Selain kita menikmati hasil tuaian juga dapat mengindahkan
persekitaran dan paling utama dapat menambah bekalan oksijen dan menyejukkan
bumi!
Jom kita berkebun sambil kitar
semula.
19 comments:
assalam Ana..cantik2 naiknya ...gambar 1 ana tebuk sebahagian je ya... maksudnya ada tingkap sebelah je... botol yang kanan sekali tu pokok apa ya?
salam @na....
bagus jika mengamalkan barangan kitar semula nie....jimat kan...?
1. suka suka
Salam k mar, tebuk ke2 belah...bagi tingkat kat dia bernafas...kanan sekali tu pokok telang k mar...
2. yan's cottage;
betui yan, jimat sambil kita kurangkan sikit beban bhn buangan...mudah2an usaha kecil kita ni blh membantu..
Salam @na,
Lama tak singgah sibni rindulah pulak! Comey botol bergantungan! Mak Aji ada satu yg dah gantung, ada 2 lagi botol tunggu giliran nak kena gantung jugak!
salam mak aji, tu la rindu dok tunggu n3 baru mak aji nih...sibok ke?
saya sokong 100% kempen kitar semula!!
kita sama2 sokong...utk kebaikan,INSYAALLAH.
saya juga setuju dengan smRose tu ,tp lum start lagi,, insyaallah
elok2 sud@is kita pakat2 sokong...
Salam akak....saya br baca blog akak sgt menarik....sy br nk blaja tanam menanam nih...skrg sy br tanam pokok cili api br je tumbuh anak pokok...hehe...harap2 dpt mkn hasil nye kn...bleh la nnt minta tunjuk ajar akak kn...
-Farhana
Salam akak....saya br baca blog akak sgt menarik....sy br nk blaja tanam menanam nih...skrg sy br tanam pokok cili api br je tumbuh anak pokok...hehe...harap2 dpt mkn hasil nye kn...bleh la nnt minta tunjuk ajar akak kn...
-Farhana
salam.saya pun baru berjinak2 menanam.memang recycle mna yang ada sbb pasu y ada x banyak..memang seronok berkebun ni.
Kreatif @na, cantik walaupun bahan buangan..
Salam,
baru terjumpa blog ni.. sangat membantu..saya ni baru nak mula menanam sayur2 ni, cuma nak tanya la, kalau guna tin/botol perlu tebuk tak bahagian dasar tin/botol tu sebelum letak tanah?
terima kasih ye..
Salam,
baru terjumpa blog ni.. sangat membantu..saya ni baru nak mula menanam sayur2 ni, cuma nak tanya la, kalau guna tin/botol perlu tebuk tak bahagian dasar tin/botol tu sebelum letak tanah?
terima kasih ye..
Rajin.. Saya baru nak bermula. Sebelum.ni xada masa terluang. Google jumpa blog ni
Rajin.. Saya baru nak bermula. Sebelum.ni xada masa terluang. Google jumpa blog ni
bhgian bawah botol letak apa yer agar tanah x terkeluar dan air x bertakung
Cantik ! Dan memang betullah..pakaibarang terbuang. Pakai jer dari buang
https://buy.onpay.my/order/form/kerimo/razak
Post a Comment