Monday, July 1, 2013

Berkebun sambil kitar semula


Kempen 3R. (Reduce, Reuse and Recycle). 3 minggu lepas Larian Amal sempena kempen kitar semula diadakan seluruh Negara. Tujuannya untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat dalam menangani sisa buangan domestic dan industri Negara. Di samping itu, kempen ini juga menggalakkan masyarakat menanam pokok bagi menghijaukan bumi untuk mengurangkan masalah kepanasan global.

Bermacam cara kita boleh menyahut dan menyumbang tenaga dalam menjayakan usaha ini.

Berkebun dilaman rumah juga di antara salah satu usaha kecil yang boleh kita sumbang kepada usaha kitar semula…

Sebahagian botol air mineral yang sempat digunakan semula…

 
Cili api krabi - ditanam dalam polybag dari pembalut serbuk pencuci (benih pemberian rakan balik dari sana)

 
Sawi dan garland dalam keratan sebahagian botol air mineral 1.5 liter

 
Bahan buangan terutamanya dari  botol-botol mineral, botol minyak masak, bekas plastic pembalut serbuk pencuci, pembalut plastic beras dan tin-tin biskut boleh digunakan semula sebagai bekas untuk menanam pokok bunga dan sayur-sayuran. Selain kita menikmati hasil tuaian juga dapat mengindahkan persekitaran dan paling utama dapat menambah bekalan oksijen dan menyejukkan bumi!

Jom kita berkebun sambil kitar semula.


19 comments:

suka suka said...

assalam Ana..cantik2 naiknya ...gambar 1 ana tebuk sebahagian je ya... maksudnya ada tingkap sebelah je... botol yang kanan sekali tu pokok apa ya?

yan's cottage said...

salam @na....

bagus jika mengamalkan barangan kitar semula nie....jimat kan...?

@na said...

1. suka suka
Salam k mar, tebuk ke2 belah...bagi tingkat kat dia bernafas...kanan sekali tu pokok telang k mar...

2. yan's cottage;
betui yan, jimat sambil kita kurangkan sikit beban bhn buangan...mudah2an usaha kecil kita ni blh membantu..

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Lama tak singgah sibni rindulah pulak! Comey botol bergantungan! Mak Aji ada satu yg dah gantung, ada 2 lagi botol tunggu giliran nak kena gantung jugak!

@na said...

salam mak aji, tu la rindu dok tunggu n3 baru mak aji nih...sibok ke?

smRose said...

saya sokong 100% kempen kitar semula!!

@na said...

kita sama2 sokong...utk kebaikan,INSYAALLAH.

sud@is said...

saya juga setuju dengan smRose tu ,tp lum start lagi,, insyaallah

@na said...

elok2 sud@is kita pakat2 sokong...

Unknown said...

Salam akak....saya br baca blog akak sgt menarik....sy br nk blaja tanam menanam nih...skrg sy br tanam pokok cili api br je tumbuh anak pokok...hehe...harap2 dpt mkn hasil nye kn...bleh la nnt minta tunjuk ajar akak kn...

-Farhana

Unknown said...

Salam akak....saya br baca blog akak sgt menarik....sy br nk blaja tanam menanam nih...skrg sy br tanam pokok cili api br je tumbuh anak pokok...hehe...harap2 dpt mkn hasil nye kn...bleh la nnt minta tunjuk ajar akak kn...

-Farhana

nawal said...

salam.saya pun baru berjinak2 menanam.memang recycle mna yang ada sbb pasu y ada x banyak..memang seronok berkebun ni.

Pedasdanmanis said...

Kreatif @na, cantik walaupun bahan buangan..

sal said...

Salam,

baru terjumpa blog ni.. sangat membantu..saya ni baru nak mula menanam sayur2 ni, cuma nak tanya la, kalau guna tin/botol perlu tebuk tak bahagian dasar tin/botol tu sebelum letak tanah?

terima kasih ye..

sal said...

Salam,

baru terjumpa blog ni.. sangat membantu..saya ni baru nak mula menanam sayur2 ni, cuma nak tanya la, kalau guna tin/botol perlu tebuk tak bahagian dasar tin/botol tu sebelum letak tanah?

terima kasih ye..

Unknown said...

Rajin.. Saya baru nak bermula. Sebelum.ni xada masa terluang. Google jumpa blog ni

Unknown said...

Rajin.. Saya baru nak bermula. Sebelum.ni xada masa terluang. Google jumpa blog ni

Unknown said...

bhgian bawah botol letak apa yer agar tanah x terkeluar dan air x bertakung

Unknown said...


Cantik ! Dan memang betullah..pakaibarang terbuang. Pakai jer dari buang


https://buy.onpay.my/order/form/kerimo/razak