Thursday, August 28, 2014

Kutip cosmos seeds tepi jalan…



Pagi tadi, seperti biasa dalam perjalanan ke ofis, tuan tanah akan stop beli kuih dekat gerai nasik lemak, yang terletak tak jauh dari rumah..

Selesai beli kuih, tuan tanah terus ke kereta. Semasa menghidupkan engin, daah ternampak timbunan pokok orange cosmos atas bebahu jalan bersebelahan kereta kami. Apa lagi terbeliak butang lah mata tuan tanah. Terus capai phone turun dari kereta menuju ke timbun cosmos yang dibuang ni. 

Timbunan orange cosmos

Belek punya belek dapatlah 2 seeds dari banyak-banyak bunga yang ada! 2 biji pun jadi lah.. Sebab cosmos ni, kalau dah hidup ia mudah berbunga dan menghasilkan seeds yang banyak nanti. 

Seperti pengalaman menanam yellow cosmos sebelum ini. Hanya dari sebiji saja, sekarang ni dah membiak banyak kat laman. Alhamdulillah.

Seronok tanam cosmos ni. Cepat hidup dan mudah jaga. Bunga pun cantik. Memang tuan tanah tengah kumpul, kononnya sebagai koleksi laman untuk “pujuk” rama-rama dan  cik lady datang bertandang!

Ada beberapa jenis cosmos seeds yang dah tuah tanah beli dan semai antaranya cosmos bipannatus mixed, cosmos bipannatus sensation dan white cosmos. Tapi hanya white cosmos yang germinated itu pun sepokok je!

White cosmos – tumbuh sebatang kara

Harap-harap white cosmos ni selamat membesar dan hidup subur di laman kami.



10 comments:

Normala Saad said...

Ana, memang betul cosmos kampung ni dapat tanam sepokok pin jadilah. Mesti lepas tu dia akan membiak sampai semak kampung jadinya...

Kakzakie Purvit said...

Oh.. rezeki pagi hari Ana. Boleh pulak ternampak ye. Nanti bila dah membiak puaslah bunga tak henti..

Endah Murniyati said...

Cosmos kampung ini sangat rajin berbunga. Saya dulu juga ambi seednya dari tepi jalan

cucubulat said...

tu dia,,sempat lagi melencong amik benih,,lps ni makin meriah dgn miss lady kt kebun @na..

Bunda_nora said...

owh baru bunda tahu nama pokok ni...gune biji benih ye?...
kalau macam bunda yang kurang pengetahuan ni sah2 bunda cuma cucuk batangnya ajer untuk pembiakan..

Memang cantik pokok ni bile berbunga...nak pulak tanam memanjang sebatas...bila berbunga...menyerlah keseriannya...

Subhanallah....

nadia rashid said...

Hihi ini da sama kes dgn sy ni..sanggup stop tepi jln belek bunga cari seed :p...sy tgh kumpul zinnia...cosmos utk sy susah nk bercambah

Honey said...

Salam Ana,

Cantik tu! Bunga oren! Comel je..

@na said...

1. Normala Saad;
Ari tu tgk kak mala, buang orange cosmos masa clearkan kompaun rumah kan, rasa mcm nk pi kutip ja seeds dia...hehehe

2. Kakzakie;
In Sha Allah kak...kakzakie nk tahu...balik ja ofis ptg tu terus pi tnm...selalunya cosmos dlm 3 hari akn tumbuh la...teruja tunggu ni...hehehe

3. Endah Murniyati;
oooo sama la kita endah...hehehe

4. cucubulat;
hehehe kalau dh suka apa pun sanggup buat hahaha...org lain tgk tk heran pun...

5. Bunda aka KN;
seeds cosmos kampung ni mudah hidup bunda...
mmg bunga dia sangat cantik dan cukup menceriakan laman...dan rama2 pun suka singgah...

6. nadia rashid;
kalau dah suka kan nadia...timbunan sampah pun sanggup selongkar hehehe...
kalau ikutkan pengalaman saya ia cukup mudah tumbuh dan mudah bebunga...

7. Honey;
Wassalam honey;
mmg comei hehehe...

Umm AA said...

salam ana,
sy tak pernah lagi rsnya tanam cosmos nie ..mudah biak yer...kalau ade seeds terus tabur kat tanah jer kan...tgk yg berbunga tuh rs cam seronok jer..:)

sud@is said...

Hehe...nasib baik bandaran belum angkat..cosmos, marygold compius..